Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Slot Penutup dalam majlis selalu digunakan " PERASMIAN PENUTUP " adakah penggunaan ini betul atau pun apakah istilah yang tepat ? 2. Penggunaan adalah dan ialah di dalam ayat-penjelasan. 2. Bolehkah kita menggunakan kata sendi di, diawal ayat.? Sekian, terima kasih. | 1. Frasa tersebut betul. 2. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 3. Boleh, dalam ayat songsang. Contoh: Dia tinggal di Melaka. Di Melaka dia tinggal. | Lain-lain | 09.04.2009 |
Saya suka akan biskut yang rangup Peter mencuba membuka penutup botol itu Adakah kedua-dua ayat ini betul.. | Ayat yang betul ialah "Saya suka akan biskut yang rangup." dan "Peter cuba membuka penutup botol itu." | Tatabahasa | 23.08.2013 |
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan? | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Selamat pagi. Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "ditangguh"sesuai kita gunakan dalam penutup minit mesyuarat? adakah penggunaan perkataan pukul merujuk kepada masa dan jam merujuk kepada jam dinding? Terima kasih. | Perkataan ditangguh sesuai digunakan dalam penutup minit mesyuarat. Secara lazimnya, dalam penulisan, pukul digunakan untuk merujuk masa. | Lain-lain | 19.07.2013 |
Tolong nyatakan format surat rasmi yang terkini berserta contohnya sekali. Terima Kasih. | Format surat rasmi tiada yang terkini. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. | Lain-lain | 14.12.2006 |
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ? | Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian. Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan. | Tatabahasa | 17.05.2008 |
bagaimana binaan format surat rasmi terbaharu? | Sdr. Awan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacaPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.na), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Penulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 06.04.2009 |
Saya ingin mengetahui & mendapatkan format terbaru berkenaan dengan Surat Rasmi sebab kebelakangan ini kerap menerima pelbagai format yang berbeza. | Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacaPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.na), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Penulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 30.10.2011 |
1) ingin kepastian untuk perkataan "yang ke-5." perlu ada tanda "-" atau tidak di antara "ke" dan "5"? 2) Jika ayat ada pembuka kata dan penutup kata, tanda noktah diletakkan sebelum atau selepas penutup kata. Contoh : "Saya sentiasa menyayangi anda." Terima kasih. | 1. "Ulang tahun yang ke-5", inilah contoh penggunaan tanda baca yang betul, ke dengan nombor (1, 10, 100 dan seterusnya) perlu ada tanda sempang. 2. Tanda nokta perlu dibubuh sebelum pengikat kata seperti contoh yang diberi, "Saya sentiasa menyayangi anda." | Tatabahasa | 27.01.2010 |
saya inginkan kepastian tentang penggunaan perkataan 'perasmian penutupan' atau 'perasmian penutup' bagi sesuatu majlis. | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah: 1. alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2. sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 25.04.2011 |
|
|