Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Antara dua ayat berikut, ayat manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? a) Penonton-penonton terpesona dengan persembahan tradisional itu. b) Penonton- penonton terpesona oleh persembahan tradisional itu. | Kata sendi nama yang betul ialah oleh/akan. Penonton- penonton terpesona oleh/akan persembahan tradisional itu. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Ayat yang mana betul? 1. Para penonton bersorak-sorai.... 2. Para penonton bersorak.... 3. Penonton bersorak-sorai... Terima kasih. | Semua ayat di atas betul. | Tatabahasa | 07.01.2010 |
ramai penonton atau banyak penonton? TQ | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Ramai penonton meyaksikan perlawanan bola di Stadium Bukit Jalil pada hari semalam" adalah betul. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Penonton berasak untuk membeli tiket wayang. Ada apa-apa kesalahan ? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3. tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 09.09.2011 |
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?) | Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Ayat yang betul ialah: Para penonton tidak henti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Saya ada mencipta lagu koir Anti Dadah. Sebelum lagu dinyanyikan ada beberapa baris ayat untuk dibaca oleh salah seorang peserta koir saya untuk diperdengarkan kepada penonton. Masalah saya : Bolehkah beberapa baris ayat yang dibaca dihadapan penonton itu disebut sebagai SENANDIKA ? atau mungkin pihak tuan dapat memberi perkataan yang sesuai. Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan senandika sebagai percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkapkan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu. Oleh itu, istilah ini boleh digunakan dalam konteks tersebut. | Istilah | 14.03.2010 |
Adakah ayat berikut betul atau tidak? Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi yang beruara emas itu. | Ayat yang betul ialah Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi itu. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah tolong jelaskan. (a)Para penonton bersorak apabila wisel berbunyi/dibunyikan dan pertandingan pun bermula. terima kasih | Para penonton bersorak apabila wisel dibunyikan dan pertandingan pun bermula. | Tatabahasa | 20.08.2010 |