Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, saya daripada pejabat kastam selangor ingin bertanya kan soalan;yang mana satu adalah susnan ayat yang betul . ayat pertama: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Terpakai import. | Ayat yang betul ialah ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai. | Tatabahasa | 04.04.2009 |
Salam sejahtera. Saya sedang membuat kajian bertajuk ' Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Teori dan Praktis Subjek Perubatan Kecemasan Kurikulum Diploma Pembantu Perubatan Berdasarkan Model Penilaian IIuminative'. Kajian tersebut merupakan kajian tesis PhD saya. Saya memohon pandangan daripada tuan berkaitan perkataan 'illuminative' dalam tajuk kajian di atas. Adakah ia boleh diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? Jika boleh apakah terjemahan yang sesuai? Maklum balas daripada pihak tuan sangat-sangat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Alias Bin Mahmud 18 Oktober 2012 | Istilah bahasa Melayu untuk illuminative ialah iluminatif. | Istilah | 18.10.2012 |
Apakah perkataan yang sesuai bagi terjemahan perkataan 'peer evaluation'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "peer evaluation". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "peer", iaitu sebaya, setara, sejawat, rakan sekerja, rakan sebaya. Istilah bahasa Melayu untuk "evaluation" ialah penilaian. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah penilaian rakan sebaya, penilaian rakan sekerja atau penilaian setara. Walau bagaimanapun, tuan boleh memilih salah satu atau padanan lain yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks penggunaan istilah tersebut. | Istilah | 29.07.2013 |
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon tuan suntingkan. 'Penilaian responden kepada keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan 1 (sangat tidak memuaskan) hingga 5 (sangat memuaskan).' | Penilaian responden ke atas/terhadap keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan1(sangat tidak memuaskan) hingga 5(sangat memuaskan). | Tatabahasa | 13.05.2008 |
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaian | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. | Istilah | 30.07.2009 |
Saya sedang membuat kajian berkaitan penilaian kurikulum. Saya menggunakan 'participants-oriented approach'. 'Participants' dalam konteks kajian saya ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum iaitu pengajar, pelajar dan pentadbir. Pertanyaan saya ialah bolehkan saya terjemahkan 'participants' kepada 'partisipan'. Sekiranya ia diterjemahkan 'participants' kepasa 'peserta' ia akan membawa maksud yang lain. Peserta bermaksud mereka yang mengikut kursus atau program. Sekiranya saya menggunakan perkataan peserta, konteks kajian saya telah berubah. Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Istilah "partisipan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Pada pandangan kami, istilah yang sesuai dalam konteks ini ialah responden. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, "responden" bermaksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagainya) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik. | Istilah | 13.02.2013 |
adakah anda mendapat borang permohonan perkerjaan yang saya hantar | Sdr, Sekiranya sdr mengemukakan permohonan jawatan ke alamat sepertimana yang disiarkan di dalam akhbar, Insyaallah permohonan tersebut telah kami terima dan kini dalam proses tapisan dan penilaian. Permohonan yang berjaya melepasi tapisan dan penilaian yang kini sedang dibuat sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang surat daripada kami dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya. Semoga permohonan sdr termasuk dalam senarai calon yang berjaya. Amin. | Lain-lain | 28.06.2010 |
Apakah istilah yang paling sesuai bagi kaedah penilaian program "program theory-driven evaluation"? | Tidak ada padanan dan istilah "program theory-driven evaluation" dalam pangkalan data kami. Untuk makluman, kami juga merujuk kamus bahasa Inggeris seperti Webster dan Oxford tetapi tidak menjumpai maklumat tentang istilah berkenaan. | Istilah | 06.06.2011 |
maksud taakul | Taakul: hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; | Makna | 01.07.2009 |
APAKAH JAWAPAN YANG SESUAI BAGI SOALAN BERIKUT YANG DIPETIK DARIPADA KERTAS SOALAN PENILAIAN SEMESTER PERTAMA SJK(C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA : PUAN YONG SEDANG ........... KULIT AYAM YANG BARU DIBELINYA. A) MENYIANG B) MENGUPAS C) MENYIAT D) MELAPAH PADA PANDANGAN SAYA, JAWAPAN IALAH C, TETAPI CIKGU MENYATAKAN BAHAWA JAWAPANNYA IALAH A. TERIMA KASIH. JESSICA | Puan Jesica, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. menyiang (ikan, ayam dsb)utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), manakala menyiat bermakna mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), melihat daripada makna yang diberikan dalam kamus dewan, kedua-duanya boleh digunakan. Namu pada kebiasaannya perkataan yang lebih tepat ialah menyiat. Terima kasih | Makna | 17.03.2009 |