Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud perkataan 'autoritatif' | Saudara, Perkataan autoritatif bermaksud 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 03.10.2009 |
apakah maksud perniagaan dari badan-badan tertentu, perbezaan usahawan dan peniaga, penerangan tentang jenis-jenis perniagaan, contoh artikel. jurnal serta kajian mengenai penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan. | Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Bagi maklumat berhubung dengan jenis perniagaan dan sebagainya, sila rujuk perpustakaan negara, institusi pengajian tinggi, persatuan perniagaan dan Kementerian Kewangan (Bank Negara Malaysia). | Makna | 13.02.2007 |
Apakah istilah yang biasa/boleh digunakan untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer". Saya sudah cuba mencari di bahagian Carian Kata tapi tidak ada yang sesuai. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer" ialah Peniaga Pasaran Wang dan Peniaga Pertukaran Asing. | Istilah | 06.09.2013 |
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail. 2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Salam...terdapat sesetengah peniaga ingin membuka kedai haiwan kesayangan. Tetapi inginkan papan iklan dengan nama "KEDAI MAKANAN HAIWAN KESAYANGAN". Mohon pandangan tuan adakah ayat ini sesuai digunakan. | Keterangan aktiviti yang sesuai ialah "Kedai Haiwan Peliharaan/Kesayangan", manakala "Kedai Makanan Haiwan Kesayangan" juga betul bagi menerangkan aktiviti kedai yang menjual makanan haiwan tersebut. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
Salam sejahtera, terdapat sesetengah perniagaan khidmat fotografi menjalankan perkhidmatan hingga keluar negara. Peniaga telah meletakan perkataan "Perkhidmatan Fotografi Luar Negara". Pohon pandangan dari pihak tuan, adakah perkataan ini sesuai. TK | 'Perkhidmatan Fotografi Luar Negara' adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 25.11.2011 |
1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung ________ melihatnya. Apakah perkataan itu, jika "tempang" salah. 2. Beratus-ratus bungkus tepung dandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. Adakah ayat in betul? 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. Adakah ayat in betul? Terima kasih! | 1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung meluat/menyampah melihatnya. 2. Beratus-ratus bungkus tepung gandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. - ayatini kurang tepat, sila baiki ejaan dan penggunaan kata sendi nama di ditukar kepada di dalam. 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. - ayat ini juga kurang tepat. Ditunjukkan bermaksud diperlihatkan, sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
Mohon peribahasa atau kata-kata lengkap, jika saya tidak silap peribahasa China menyatakan bahawa peniaga/pedadagang atau pelabur adalah yang berkuasa kepada sesebuah negara "bukanya pemerintahan politik' minta penjelasan. | Pangkalan data kami menyenaraikan peribahasa yang dipetik daripada buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Oleh itu, ungkapan yang saudara nyatakan tidak ada dalam pangkalan data kami dan melalui carian kami tidak ada maklumat tentang ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 15.08.2011 |
Assalamualaikum...adakah terdapat perkataan Peniga dan Pengempat dalam bahasa melayu dan apakah maksud sebenarnya? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat peniaga bermaksud orang yang berniaga,pedagang. Mengikut rujukan kami tiada pembentukan kata pengempat. Walau bagaimanapun kami mengalu-alukan contoh penggunaan perkataan ini dalam ayat atau sebagainya jika ada. | Makna | 30.01.2009 |
Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." | Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan.
Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. | Lain-lain | 26.06.2013 |