Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Masih lagi di bawah masalah istilah compellingness.....saya telah menjumpai satu artikel yang berkaitan istilah ni, harap pihak tuan dapat menterjemahkan dalam situasi yang sesuai kerana pendorong bukanlah ayat yang sesuai menggantikan compellingness dalam subjek kajian saya. Bersama-sama ini adalah artikel yang berkaitan | Berdasarkan konteks penggunaan perkataan compellingness, kami mencadangkan diterjemahkan kepada kependorongan (berkaitan dengan sifat-sifat pendorong); atau daya penarik (kebolehan untuk menarik sesuatu). Sila pilih mana yang lebih sesuai kerana kami merasakan tuan lebih menguasai bidang tersebut dan cadangan kami berdasarkan konteks yang sedia ada dengan maklumat yang terhad. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.11.2014 |
apakah isi yang perlu ada untuk membuat satu assignment yang bertajuk sentimen perkauman di kalangan masyarakat malaysia | Antaranya anda perlu beberapa topik seperti : 1. Sejarah Pelbagai Kaum 2. Kenapa pemisahan kaum mengikut populasi berlaku 3. Faktor Penarik 4. Faktor Penolak 5. FAktor Pendorong Walaubagaimanapun ini hanya cadangan, dan anda boleh memperincikan dengan merujuk buku sejarah dan peristiwa terbitan DBP. | Lain-lain | 16.08.2007 |
Salam sejahtera tuan/puan, saya ingin minta bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut; 1. The flag of thought leads the way : Gagasan pemikiran/ideologi menerajui hala tuju @ Gagasan pemikiran/ideologi memacu hala tuju @ Bendera pemikiran/ideologi menerajui hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism : Kedudukan panduan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan pimpinan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan bimbingan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era : Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology : Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society : Hasrat Bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the Party : sepanduk ideologi Parti 7. faith in socialism : kepercayaan/keyakinan dalam sosialisme 8. political soul : semangat politik @ maruah politik @ jiwa politik 9. spiritual pillar : pendorong semangat Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan: 1. The flag of thought leads the way: Gagasan pemikiran/ideologi/fahaman menerajui/memacu/memandu hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism: Kedudukan panduan/bimbingan/ideologi/fahaman pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology: Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society: Hasrat bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the party: Lambang/isi utama ideologi parti 7. faith in socialism: kepercayaan/keyakinan pada sosialisme 8. political soul: semangat/maruah/jiwa politik 9. spiritual pillar: asas/tonggak rohani/semangat Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 21.02.2022 |