Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
falsafah pendidikan negara,sistem pendidikan di malaysia pada zaman pra-british,sistem pendidikan sekolah agama,pendidikan perguruan pada era pra-british sehingga kini. | Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membuat rujukan dan pembacaan di perpustakaan di tempat saudara atau merujuk buku atau makalah tentang perkara teresebut. | Lain-lain | 16.11.2008 |
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 7. Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 08.11.2011 |
Salam, saya nak tanya tentang visi ini "SK Sibu Laut Gemilang Terbilang seantero aspek pendidikan" betul atau tidak penggunaan perkataan seantero digunakan pada ayat ini? adakah maksudnya perkataan tersebut tidak salah? | Seantero bermaksud seluruh atau segenap. Pada pandangan kami isunya di sini bukanlah perkataan seantero tetapi frasa seantero aspek pendidikan. Pendidikan bermaksud perihal mendidik apabila di digabungkan perkataan seantero aspek pendidikan bermaksud segenap hal mendidik. Oleh itu, kami cadangkan tuan mencari perkataan lain yang sesuai digandingkan perkataan seantero seperti seantero Sibu. | Tatabahasa | 05.01.2013 |
"dari aspek pendidikan" atau "daripada aspek pendidikan" | Frasa yang betul ialah dari aspek pendidikan. | Sastera | 06.05.2011 |
ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5 | Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit. | Lain-lain | 06.07.2009 |
Assalamualaikum... Saya nak tanya, adakah betul penggunaan huruf besar dan huruf kecil bagi perkataan 'Pendidikan Islam' dalam ayat: 1. Guru pendidikan Islam 2. Mata pelajaran Pendidikan Islam Wassalam, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: 1) Guru Pendidikan Islam 2) Mata pelajaran Pendidikan Islam. | Lain-lain | 23.03.2007 |
Pengesahan tatabahasa bagi tajuk program yang ingin dibangunkan. TAJUK: PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN LESTARI | Cadangan tajuk : (i). Program Melestarikan Pendidikan; (ii). Program Pendidikan Lestari. Lestari bermaksud tidak berubah, kekal dan tetap. | Tatabahasa | 20.02.2008 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar Pendidikan" title="Pendidikan">pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya. | Makna | 18.01.2009 |
Perbezaan Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan | Saudara, Akta Bahasa Kebangsaan membincangkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, manakala Akta Pendidikan menyentuh aspek sistem pendidikan negara. | Lain-lain | 04.07.2010 |
apakah definisi bagi teknologi pendidikan | Secara ringkasnya teknologi pendidikan bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal tentang pendidikan. | Makna | 02.12.2008 |