Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kata lain bagi pendahuluan | Kata lain bagi pendahuluan ialah permulaan. | Lain-lain | 08.06.2007 |
bagaimana cara penulisan jurnal? | Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah. Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan. | Lain-lain | 14.01.2009 |
saya ingin bertanya macam mana kah cara nya bagi saya sebagai seorg pelajar ingin membuat laporan.maksud saya bagaimanakah harus saya memulakan ayat pendahuluan?terima kasih | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Cara bagi saudari untuk memulakan ayat pendahuluan kebiasaannya bergantung kepada jenis laporan atau karangan yang dihasilkan. Namun begitu, bagi membantu, saudari boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Taip pada carian dan insyaallah bahan yang diperlukan akan dipaparkan. Namun begitu, saudari juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP dan mendapatkan maklumat berkaitan laporan. Bahan juga boleh diperoleh dengan membuat rujukan pada tajuk yang diberikan ini: Panduan Bahasa & Format Penulisan (Laporan Maimunah Hj. Omar) . Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 26.02.2007 |
Mohon bantuan, yang mana lebih tepat ( pendahuluan surat rasmi) dan harap dibetulkan jika ada kesilapan : 1. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
1. Adakah format terkini bagi karangan UPSR tidak memerlukan perenggan untuk pendahuluan? 2. Bagi bahagian A Kertas 2 UPSR - Adakah murid-murid digalakkan menggunakan nama untuk membina ayat? 3. Apakah perubahan atau format terbaharu bagi Bahagian C - Ulasan (UPSR)? 4. Bagaimanakah pengaplikasian tanda koma (,) bagi lebih drpd 3 objek? | Encik Ganesan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Soalan ini lebih kepada format yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh itu saya rasa Encik boleh terus menghubungi Bahagian Peperiksaan Kementerian bagi mendapatkan penjelasannya. Terima kasih., | Tatabahasa | 04.02.2010 |
Apakah ciri-ciri teks ucapan? | Ciri-ciri sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005). | Lain-lain | 02.07.2008 |
macam mana nak mulakan karangan yang berbentuk fakta? | Setiap karangan format asasnya sama, iaitu ada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Sila rujuk guru atau buku yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. | Lain-lain | 12.11.2009 |
maksud panjar. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan panjar bermaksud cengkeram, wang muka (pendahuluan). | Makna | 27.07.2010 |
makna panjar | Encik Jaafar, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan panjar bermaksud cengkeram, wang muka (pendahuluan). | Makna | 09.07.2009 |
Saya telah mengemukakan transkrip buku ( novel ) kedua saya " Epilog Cinta Asrar ". melalui DBP Kota Kinabalu. Saya telah pun menandatangi surat perjanjian di samping telah menerima royalti pendahuluan beberapa bulan yang lalu. Namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat perkembangan mengenainya. Saya mohon penjelasan. | Salam sejahtera, Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa manuskrip novel saudara telah lulus Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan kini berada dalam peringkat penyuntingan. Maklumat adalah seperti yang berikut: Nombor pendaftaran: 594/2010 Peringkat : Penyuntingan Editor Projek: Puan Norzanani bt. Kata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Telefon: 088-439314 | Lain-lain | 14.10.2011 |