| Soalan | 
    Jawapan | 
    Jenis Soalan | 
    Tarikh Soalan | 
   
  | Bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka. apakah kesalahan dalam ayat tersebut? | Ayat yang lebih gramtis ialah "Bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka." | Tatabahasa | 14.08.2014 |  
  | Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan kesalahan tatabahasa: 1. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar raya itu tinggi-tinggi. 2. Penduduk di kawasan itu tidak patuh larangan membuang sampah di dalam sungai tersebut. Terima kasih atas menjawab soalan saya. | 1. Ayat yang betul ialah “Bangunan pencakar langit di bandar raya itu tinggi-tinggi belaka”.  2. Ayat yang betul ialah “Penduduk di kawasan itu tidak mematuhi larangan membuang sampah ke dalam sungai tersebut”.  | Tatabahasa | 04.06.2024 |  
  | Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi? | Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:    penjuru 1 kata nama   1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.  Contoh penggunaan:  Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.   Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.     2 tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.  Contoh penggunaan:  Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.     3 bahasa kiasan  ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:   Contoh penggunaan:  Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.   Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.    tepi kata nama   1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.  Contoh penggunaan:  Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.   Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.     2 bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:   Contoh penggunaan:  Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.     3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.  Contoh penggunaan:  Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.   Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.     4 sempadan di antara satu dengan yang lain:  Contoh penggunaan:  tepi hutan; tepi kota; tepi langit;     5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:  Contoh penggunaan:  Tiba-tiba kakinya tersadung tepi permaidani.   tepi langsir;     6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.    Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.     Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.  
  | Makna | 19.09.2023 |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencakar |  
  |  
  
    
   
      
                 |