Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini. Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP: tepuk1 kata nama 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi: Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian. 2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: Contoh: a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ. b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya. 3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan: Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya. 4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat. kata kerja transitif 5. lihat menepuk. |