Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yakinilah bahawa pemberian Allah lebih baik berbanding apa-apa yang kita hajati. Adakah perkataan bahawa dalam ayat ini boleh digugurkan? | Salam sejahtera, Bagi maksud ayat yang dikemukakan, perkataan 'bahawa' boleh digugurkan namun hasilnya ayat menjadi kurang gramatis. Oleh itu, eloklah dikekalkan penggunaan perkataan 'bahawa' dalam ayat yang dikemukakan. Sehubungan dengan itu, terdapat sedikit pembetulan pada ayat menjadi 'Yakinilah bahawa pemberian Allah SWT adalah lebih baik berbanding perkara lain yang kita hajati.' | Tatabahasa | 07.01.2013 |
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan). Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam. | Makna | 18.02.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian Allah |
|
|