| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Tuan, Adakah istilah 'PEMARUT' ais sesuai digunakan kepada sejenis mesin yang mengisar air batu (ais) untuk dijadikan air batu campur, ABC? jika istilah 'pemarut' ais ini tidak sesuai, apakah istilah yang betul bagi mesin membuat ABC ini? terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah PENGISAR AIS | Makna | 20.01.2019 |
| Kata 'parut" boleh tak digunakan merujuk kepada pokok. Contoh ayat: Parut pada batang pokok durian di belakang rumah itu masih baru. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, parut ialah 1. pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa; 2. bekas luka (bisul) pada kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yang telah tua; 3. bekas ditetak pada pokok (kayu): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu;. Berdasarkan takrifan itu, perkataan "parut" dalam ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemarut |
|
|