Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
sebagai seorang pelajar di Institut Perguruan, apakah saya digelar sebagai guru pelatih atau pelatih guru? terima kasih | Guru pelatih. | Tatabahasa | 08.02.2009 |
Penggunaan ayat 'Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri dari/daripada Universiti Utara Malaysia? Terima kasih. | Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri daripada Universiti Utara Malaysia. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
Salam. Pekerjaan yang paling sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Pekerjaan yang amat sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Betulkah penggunaan kata penguat paling dan amat pada ayat di atas. Tolong nyatakan mengapa salah. Sekian Terima kasih. | Kedua-dua kata penguat yang digunakan dalam ayat betul. | Tatabahasa | 11.05.2013 |
[Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang. Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Assalamualaikum. Saya guru pelatih subjek bahasa Melayu sedang membuat tugasan mengenai puisi . Saya ingin bertanya adakah puisi dan sajak itu sama?apakah ciri-cirinya, bentuk,jenis-jenis sajak dan nada yang ada pada sajak @ puisi.Dan bagaiman sejarah sajak dan perkembangan sajak pada tahun 50-an serta 60-an?Saya amat mengharapkan pertolongan anda kerana sumber yang saya perolehi agak keliru dan tidak mencukupi untuk saya menyiapkan tugasan ini. Pertolongan anda amatlah saya hargai. Sekian terima kasih. | Salam. DBP telah menerbitkan buku yang berjudul "Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Puisi" (2005) oleh Sahlan Mohd. Saman. Semua soalan yang saudari inginkan terdapat dalam buku tersebut. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 18.03.2009 |
adakah dewan bahasa dan pustaka mengambil pelajar untuk membuat latihan industri dan adakah akan memberi elaun ketika latihan industri? | Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa mengalu-alukan permohonan pelajar IPT untuk menjalani Latihan Industri. Kuota tahunan maksimum seramai 30 orang. Pelatih akan menerima elaun sebanyak RM10.00 sehari mengikut hari bekerja. Permohonan mestilah dikemukakan melalui pihak universiti dan permohonan secara individu tidak akan dilayan. Terima kasih atas minat dan sokongan saudara terhadap organisasi kami. | Lain-lain | 11.07.2011 |
1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",) | 1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175. | Tatabahasa | 14.07.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelatih |
|
|