Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
yang mana satu yang betul? Pelajar-pelajar diajarkan cara-cara menjahit baju kurung @ Pelajar-pelajar diajar cara-cara menjahit baju kurung | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ayat pelajar-pelajar diajar cara menjahit baju kurung lebih sesuai digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penerangan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 13.08.2007 |
penggunaan "pelajar" untuk ramai... sama da "pelajar" atau "pelajar-pelajar" | Encik Khairil, kita boleh gunakan semua pelajar ataupun pelajar-pelajar sahaja. | Ejaan | 01.12.2010 |
Apakah kesaahan dalam ayat-ayat berikut: 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Ikan paus menggunakan udara dari peparunya untuk bernafas. 3. Orang tua itu terjatuh dari basikalnya. | 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. - Tidak ada dialek yang standard kerana dialek dituturkan dalam kawasan/kumpulan tertentu sahaja. Ayat terlalu panjang dan ttidak menggunakan tanda baca atau kata hubung yang betul. Ayat kedua dan ketiga betul. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Soalan tentang penggunaan kata ganda, bekas-bekas pelajar @ bekas pelajar-pelajar yang mana satukah penggunaan kata ganda yang betul. | Tidak perlu menggandakan salah satu daripada perkataan tersebut, cukup sekadar "bekas pelajar" kerana frasa tersebut boleh merujuk tunggal atau jamak berdasarkan konteks ayat yang digunakan. | Ejaan | 12.08.2011 |
Ayat manakah yang betul? A) Kelas itu terdiri daripada pelajar-pelajar baharu. B) Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu. | Kata pelajar boleh bermaksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun kata kelas dalam ayat tersebut telah menunjukkan ada ramai pelajar di dalamnya. Oleh itu, ayat 'Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu' adalah lebih tepat. | Tatabahasa | 22.02.2011 |
Pelajar-pelajar saya telah membuat lagu Puisi berdasarkan sajak DIRUANG GEMANYA karya arwah DHARMAWIJAYA. Mereka ingin merakamkan lagu tersebut dan 'upload' dekat youtube. Pada siapakah mereka perlu memohon kebenaran penggunaan sajak itu untuk dibuat lagu? | Perlu mohon izin daripada penerbit asal buku itu dan juga pencipta karya. | Lain-lain | 15.04.2013 |
As Salam ! Apakah perbezaan pengunaan kata ganda pelajar-pelajar dan murid-murid ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. | Makna | 03.04.2012 |
1. Guru itu mengajar pelajar-pelajar cara menulis sebuah karangan. 2. Guru itu mengajar Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajarkan pelajar-pelajarnya Bahasa Malaysia. Adakah ayat-ayat tersebut betul atau salah. 1. Sebaris kata-kata atau sebaris kata. terima kasih | 1. Guru itu mengajar pelajar cara menulis karangan. 2. Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajar pelajarnya Bahasa Malaysia. 1. Sebaris kata. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? | Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'. Perkataan meningkah intransitif dan perkataan menyampuk ialah kata kerja transitif. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 28.04.2009 |
Pertanyaan saya mengenai kata pemeri 'ialah'. Buku rujukan menyatakan bahawa frasa kata kerja tidak boleh hadir selepas 'adalah'. Bagaimana pula dengan 'ialah' ? Adakah penggunaan kata pemeri 'ialah' dalam ayat berikut betul ? Ayat : Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. ataupun Ayat : Tugas Maya adalah sebagai pengawas yang mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Terima kasih. | Dalam Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, muka surat 264: ... penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. perlu juga diingatkan bahawa kata pemeri (ialah, adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat pertama "Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah" - betul | Tatabahasa | 14.04.2008 |