Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan? | Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan. | Istilah | 04.03.2012 |
maksud penyakit sopak dan kusta | Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan. | Makna | 26.08.2008 |
apakah maksudnya 'pecah amanah'?kenapa ia terjadi kepada sesuatu individu?kenapa pecah amanah ini terjadi?apakah kesan pecah amanah kepada negara?soalan ini ditanya bagi pihak adik saya yang menuntut di poloteknik merlimau.terima kasih atas pertolongan dari pihak tuan.saya amat merhargainya. | Maksud pecah amanah ialah kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Sila rujuk Istilah Niaga dan Undang-undang untuk keterangan lanjut. Soalan lain tidak berkaitan dengan KNB. Terima kasih. | Makna | 24.08.2007 |
rangup bermaksud mudah pecah (untuk Makanan spt keropok) tetapi rapuh bermaksud mudah pecah dan patah(untuk Bukan Makanan) , Betul? | Pandangan saudara boleh diterima. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Definisi Pecah Rumah dan Definisi Rompak elh kamus DBP | Merujuk Kamus Dewan ialah menyamun. Pecah rumah pula ialah memasuki rumah utk merompak. | Makna | 02.12.2008 |
perkataan bocor dan pecah - kata adjektif? tidak boleh diuji dengan kata penguat "sangat". | Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu DBP, bocor dan pecah diklasifikasikan sebagai kata kerja. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tesaurus Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2007 |
Assalamualaikum, Sebagaimana yang saya sedia maklum, terjemahan Bahasa Melayu bagi istilah "box office" ialah "pecah panggung", tetapi bagaimana pula terjemahan Bahasa Melayu bagi "box office bomb" yang membawa maksud berlawanan dengan "box office" Sekian, terima kasih. | Frasa box office bomb belum ada dalam sumber rujukan kami. Cadangan terjemahan untuk box office bomb ialah gagal pecah panggung. | Istilah | 17.11.2011 |
Pengurus syarikat pengangkutan yang pecah amanah itu telah pun dipecat daripada jawatannya. Adakah penggunaan frasa 'telah pun' betul? Jika salah, mengapakah salah? | Penggunaan frasa telah pun yang betul. | Tatabahasa | 17.09.2012 |
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan? | Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut: laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya. anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar. seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya. ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang. bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
| Lain-lain | 13.04.2008 |
bagaimana untuk mengeja barang mudah pecah di dalam bahasa ingerris? | Dalam bahasa Inggeris dieja fragile. | Ejaan | 12.02.2008 |