| Soalan | 
    Jawapan | 
    Jenis Soalan | 
    Tarikh Soalan | 
   
  | Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Tuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu. | Lain-lain | 08.07.2014 |  
  | Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Ya benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum. | Makna | 09.07.2014 |  
  | APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA? | Saudara Mohd. Iqbal, Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu     i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah   ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu  iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal   iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis  v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau  vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat  vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah  ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.        | Tatabahasa | 10.01.2010 |  
  | Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah".      2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:      i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah      ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu      iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal      iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis      v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau      vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat      vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan      viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah      ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat      Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.    
  | Tatabahasa | 19.03.2024 |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata payau |  
  |  
  
    
   
      
                 |