Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
manakah yang betul dan manakah yang salah: - 'para pendidik' - 'para-para pendidik' - 'para nabi' - 'para-para nabi' - 'para anbiyak' - 'para-para anbiyak'? sila nyatakan sebabnya sekali. sekian terima kasih. | Yang betul: para pendidik,para nabi,para anbiyak. Kata para merupakan kata penunjuk jamak dan tidak perlu diulang penggunaannya. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul? | Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah".
| Tatabahasa | 05.07.2013 |
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul? |
Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah". | | | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Apakah kata bilangan yang sesuai digunakan dalam ayat di bawah?Para/Setiap? 1) Para/Setiap guru di sekolah itu mendapat penghagaan daripada murid-murid bersempena dengan Hari Guru. | Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi membawa makna yang berbeza. Perkataan para digunakan dalam konteks yang ramai, manakala setiap bermaksud tiap-tiap. Penggunaan kata perlulah bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.06.2013 |
Betul atau tidak perkataan "para" hanya boleh digunakan untuk manusia & bukannya untuk benda (misalnya, para negara) " | Dalam kamus Dewan Edisi Empat, para ialah kata (yg mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Lazimnya, para digunakan pada manusia. | Tatabahasa | 19.09.2013 |
Para pelajar akan dapat ........... perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran berbahasa jika rajin membaca. Mana jawapan yang betul? A. Luaskan B. Meluaskan C. Perluaskan D. Memperluas Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: B. Meluaskan | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Para vandelis munsyi, istilah untuk ini adalah benar? ataupun vandal tk | Perkataan yang ada ialah vandal dan vandalisme, tidak ada perkataan vandalis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Istilah | 04.07.2012 |
para pelajar telah dinasihatkan oleh guru agar sentiasa menjaga disiplin diri. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah bukan dinasihati digunakan dalam ayat ini? TK | Menasihati bermaksud memberi nasihat kepada (bentuk pasifnya dinasihati), manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat (bentuk pasifnya dinasihatkan). Berdasarkan makna tersebut, lazimnya menasihati diikuti dengan objek (manusia) menjadi guru menasihati pelajar agar sentiasa menjaga disiplin diri dan bentuk pasifnya pelajar dinasihati guru agar sentiasa menjaga disiplin diri. | Sastera | 09.04.2012 |
Para pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati semasa menggunakan laluan yang sedang dipulih itu. munsyi, adakah laluan salah dalam ayat ini? TQ | Laluan bermaksud jalan yang dilalui dan penggunaannya tidak gramatis dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
para guru sering merungut mengenai pelajar yang malas tuan, adakah mengenai salah digunakan dalam ayat ini? tq | Mengenai bermaksud kena pada dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 19.09.2011 |