Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin. | Lain-lain | 10.12.2010 |
1. Adakah panggilan untuk Nenek ialah Nenda atau Nenenda? 2. Bagaimana pula panggilan untuk Datuk? Adakah Nenda juga atau Nenekanda atau panggilan lain? Terima kasih. | Nenda ialah kependekkan bagi nenenda merujuk panggilan kepada nenek dan datuk. Panggilan yg biasa dalam masyarakat ialah nenekanda, sementara nenenda dan nenda ialah bahasa halus utk nenek dan datuk yang biasanya digunakan dalam surat-menyurat. Sila rujuk kamus Dewan edisi Keempat ms 1076. | Makna | 08.01.2007 |
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Istilah | 28.06.2009 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan panggilan hormat Tuan. Adakah panggilan hormat tersebut boleh digunakan kepada ketua jabatan yang tidak mempunyai sebarang gelaran hormat? Sebagai contoh Tn. Mohd Zanal bin Dirin, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. | Umumnya, encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb). Manakala, tuan ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati. | Tatabahasa | 30.03.2013 |
Panggilan untuk guru besar dalam perbualan ketika seorang murid menemu bualnya ialah a) Murid: Selamat pagi, cikgu. b) Murid: Selamat pagi, guru besar. mana satu ayat yang betul? | Saudari Nip, Menerusi konteks ayat yang dikemukakan jawapan yang sesuai digunakan ialah cikgu. | Lain-lain | 17.09.2012 |
Panggilan Professor dalam surat rasmi | Sapaan yang lazim digunakan untuk Professor ialah tuan kerana Professor bukan dikategorikan dalam kumpulan gelaran kehormat yang disapa dengan YBhg. Walau bagaimanapun sebagai menghormati kepakaran golongan Prefessor ini tidak salah jika kita menggunakan sapaan YBhg. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
panggilan untuk ayah | Soalan anda tidak jelas | Lain-lain | 22.06.2010 |
panggilan hormat untuk wanita? 2 perkaaan | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan untuk peraduan teka silang kata. | Lain-lain | 17.06.2010 |
Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)! | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Lain-lain | 29.09.2010 |
apa yang dikatakan dgn panggilan terhormat? | Panggilan terhormat ialah sapaan untuk seseorang yang dihormati dan diraikan. | Makna | 19.08.2008 |
|
|