Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
garis panduan-garis panduan atau garis-garis panduan | garis-garis panduan | Ejaan | 09.09.2011 |
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama. | Istilah | 11.02.2010 |
kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan? | kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan. | Tatabahasa | 23.07.2007 |
manakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat? 'panduan/peraturan' atau 'panduan atau peraturan'? | Panduan dan peraturan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya dalam ayat. Panduan ialah sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); manakala peraturan ialah segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi. | Tatabahasa | 31.05.2007 |
guide/book | Buku Panduan (guide - panduan) | Lain-lain | 16.02.2009 |
PANDUAN MENULIS SURAT RASMI Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam. Cara menulis surat rasmi: 8. Perkara atau Tajuk Surat: 8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur dengan nama dan alamat pengirim serta penerima. 8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan kandungan surat. 8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan digariskan. 8.4 Jika tajuk surat lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan. 8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah. Contoh: Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar Tahun 2003 * Tajuk surat mesti digaris Tetapi kenapa masih ada lagi surat-surat rasmi daripada mana-mana pihak yang menggunakan HURUF BESAR untuk tajuk surat rasmi atau pekeliling2????? Sedangkan apa yang dipelajari di sekolah-sekolah...tajuk surat rasmi hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil dan kata sendi nama kecuali bagi huruf pertama setiap perkataan | Garis panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. DBP sebagai salah sebuah agensi kerajaan mematuhi garis panduan tersebut dan menggalakkan agensi awam yang lain mematuhi garis panduan ini. Walau bagaimanapun bagi tujuan peperiksaan, pelajar hendaklah mematuhi tatacara penulisan surat rasmi yang diajar oleh guru. | Lain-lain | 05.06.2013 |
Saya merupakan pelajar Master yang sedang menulis disertasi. Saya memerlukan panduan transliterasi perkataan Arab ke Rumi. Boleh saya dapatkan panduan transliterasi tersebut sebagai panduan saya untuk penulisan disertasi saya? | Untuk makluman DBP telah menerbitkan buku Pedoman Transliterasi Perkataan Arab Ke Ejaan Rumi Edisi Kedua terbitan tahun 2008. Buku ini boleh dibeli di Kedai Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain. | Lain-lain | 12.01.2011 |
Panduan penulisan buku dan hakcipta terpeliharaan, dimanakah saya boleh dapatkan rujukan bagi maklumat tersebut? | Sdr boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Khidmat dalam talian juga ada disediakan. Sila layari Laman Sesawang DBP untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 17.05.2011 |
panduan kertas kerja yang berkaitan dengan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua oleh penutur bukan melayu | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh datang membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. Di Pusat Dokumentasi Melayu terdapat koleksi kertas kerja dan tesis berkaitan. | Lain-lain | 22.10.2010 |
Panduan ejaan yang tepat terutama kata majmuk. | kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 08.04.2010 |