Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah yang betul? 1. otak cair 2. cair otak Merujukkan kamus dewan edisi keempat, cair otak digunakan. | Berdasarkan kelaziman bentuk yang ada, frasa "otak cair" yang lebih tepat, contoh lain seperti "otak beku" dan "muka tembuk". | Tatabahasa | 28.04.2013 |
otak yang cerah membolehkannya menjawab soalan dengan tenang. (Munsyi, adakah cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? TK banyak) | Penggunaan perkataan cerah sesuai digunakan. Menurut Kamus Dewan, cerah merupakan kata kiasan yang bermaksud berakal dan cerdik. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cerah. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan otak cair dan kecairan maklumat? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik. | Makna | 26.04.2012 |
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini? | 1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat. 2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.11.2011 |
1. Makna bahasa? 2. Hubungan bahasa dengan otak manusia? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 12.04.2010 |
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang | Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan. | Lain-lain | 21.02.2010 |
ape makna meningtis | Ejaan yang betul ialah "meningitis", huraian maksudnya; keradangan membran spina korda atau otak disebabkan virus atau bakteria. | Makna | 12.05.2009 |
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan Iv | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah I, II, dan III. Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
apakah orang gila | Menurut Kamus Dewan maksud gila :1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; | Lain-lain | 24.12.2007 |
|
|