Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.Cadangan yang disampaikan oleh pegawai sukan itu (jelas/nyata) demi meningkatkan prestasi sukan negara. Jawapan jelas atau nyata betul? Boleh berikan penerangan? Terima kasih! | Saudara, Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara dan pasti. Oleh itu kedua-duanya boleh digunakan secara saling berganti. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
SILA NYATA JENIS-JENIS LARAS BAHASA YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU DAN NYATAKAN CIRI-CIRI LARAS TERSEBUT | Laras bahasa sering dikaitkan dengan sesuatu bidang yang ingin diperkatakan dan kesesuaiannya. Contohnya laras bahasa undang-undang berbeza dengan laras bahasa agama dan laras bahasa sains berbeza dengan laras bahasa sastera. | Tatabahasa | 15.02.2007 |
Adakah perbezaan yang nyata sebutan bahasa baku dengan sebutan Johor Riau dari sudut fonologi? | Puan Zakiah, Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "real time data"? 1) data masa nyata 2) data masa sebenar 3) pendapat DBP Terima kasih. | Istilah yang lebih tepat ialah data masa nyata. | Istilah | 03.10.2013 |
Tuan, adakah frasa "dimasukkan ke dalam kamus" tepat tatabahasanya? Saya bertanya demikian kerana pada faham saya, "ke dalam" frasa sendi nama arah yang digunakan untuk benda yang beruang dan ruangnya nyata kelihatan. Dengan ada ruang yang nyata, barulah benda itu dapat dimasuki sesuatu dan dengan itu barulah frasa sendi nama arah "ke dalam" digunakan! Namun begitu, ruang "kamus" tidak kelihatan dan hanya dapat dibayangkan dalam fikir, maka ruang "kamus" dinamai ruang abstrak. Ruang abstrak "kamus" ini berisi kata, ilmu, ayat dan sebagainya. Kerana ruang "kamus" abstrak, maka tidak bolehlah digunakan frasa sendi nama arah "ke dalam" yang menyatakan ruang nyata! Saya berpendapat bahawa sendi nama "dalam" yang lebih patut digunakan kerana mencitrakan ruang abstrak, seperti dalam persidangan, dalam hal. Maka frasa yang betul "dimasukkan dalam kamus", misalnya: Bentuk bahasa yang sudah diterima oleh pemerintah harus dimasukkan dalam kamus - dimasukkan dalam kamus, bukan ke dalam kamus kerana ruang kamus abstrak. | Frasa "dimasukkan ke dalam kamus" adalah salah. Ayat yang betul ialah "dimasukkan dalam kamus" | Tatabahasa | 23.12.2016 |
BILA DAN BAGAIMANA PERKATAAN MANIFESTASI BOLEH DIGUNAKAN | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, manifestasi bermaksud perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; memanifestasikan melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: Contoh ayat, hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; Watak yg manifestasi rasa kecewa. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. | Lain-lain | 30.04.2010 |
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat. | Tatabahasa | 14.02.2019 |
Saya ingin bertanya, yang mana satu betul; nyatakan dan huraikan... atau nyata dan huraikan... Terima kasih daun keladi | Jawapan yang betul ialah nyatakan dan huraikan. | Tatabahasa | 29.04.2010 |
Perbezaan sebutan baku dengan sebutan melayu Johor-Riau | Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Lain-lain | 21.07.2010 |
Yang manakah ayat aktif /ayat pasif? ~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata. | Semua contoh ayat tersebut ialah ayat aktif a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. (Ayat Aktif Transitif) b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. (Ayat Akti tak Transitif) c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.(Ayat Aktif Tak Transitif) | Tatabahasa | 05.05.2018 |