Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Antara dua ayat di bawah, yang manakah mendukung maksud jamak yang betul? (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. (b) Seorang daripada peserta-peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. | Ayat yang betul ialah ayat (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. Hal ini kerana perkataan peserta itu sendiri sudah terkandung makna banyak, iaitu melibatkan lebih daripada seorang. Secara logiknya juga, dalam pertandingan mestilah disertai oleh ramai peserta. Oleh itu, perkataan peserta tidak perlu dijamakkan. Contoh lain, sebilangan daripada ahli, seramai lima orang pekerja segelintir pemohon dsb. | Tatabahasa | 04.10.2006 |
Yang mana betul, 'Pertandingan Menyanyi atau Pertandingan Nyanyian. | Kedua-duanya betul, iaitu Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Menyanyi. | Tatabahasa | 27.02.2010 |
Yang manakah betul? Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan ( menyanyikan / nyanyian ) lagu Negaraku. | Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
"Mohon bantuan. Saya keliru tentang ayat manakah yang betul. 1. Pertandingan nyanyian itu akan Mawi dan Diana sertai. 2. Cikgu Maziah menunjukkan panduan menulis karangan kepada saya. Mohon pencerahan.... :) | Terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat pertama. Ayat yang betul ialah Pertandingan nyanyian itu akan disertai oleh Mawi dan Diana. Ayat kedua betul. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
1. Saya memimpin tangan / memimpin orang tua melintasi jalan. Perlukah kata kerja memimpin diikuti dengan tangan? kerana perkataan memimpin telah membawa maksud memegang tangan. 2. Sekolah saya mengadakan pertandingan menyanyi / pertandingan nyanyian? Apakah perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut? 3. Saya menghidangkan makanan kepada / untuk ibu. Apakah perbezaannya ? kerana saya pernah terjumpa menghidangkan .... kepada dan menghidangkan ... untuk. | 1. Ayat yang betul ialah saya memimpin tangan orang tua melintas jalan. Hal ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memimpin mempunyai tiga takrifan, iaitu: 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih. 2. Frasa yang betul ialah Sekolah saya mengadakan pertandingan nyanyian kerana nyanyian ialah kata nama, sedangkan menyanyi ialah kata kerja. Penamaan sesuatu perkara hendaklah dalam kata nama. 3. Syat yang lebih tepat ialah saya menghidangkan makanan kepada ibu kerana penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat tersebut menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Ayat tersebut boleh juga diolah sebegini: Saya menghidangi ibu makanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2010 |
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas? | 1. Yang betul ialah a) dalam hati b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita d) Pertandingan Bahas 2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
Salam.. Saya ingin mengetahui tentang laras bahasa terutamanya dalam laras seni (visual,tarian,nyanyian dan muzik). Terima kasih. | Laras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya misalnya laras bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains dan bahasa seni. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan laras bahasa khusus kepada bahasa yang digunakan dalam bidang seni dan budaya. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
apakah maksud "tiada lagi kidung mu" | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna kidung ialah sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi kidung; | Makna | 15.09.2009 |
1. "Saya (bukan/tidak) ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut (ialah/adalah) melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting (ialah/adalah) bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan (ialah/adalah) yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja. | 1. "Saya tidak ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut ialah melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting adalah bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja. | Tatabahasa | 13.12.2011 |
Yang manakah betul? Minta penjelasan lanjut. A1. Pertandingan bercerita. A2. Pertandingan cerita. A3. Pertandingan penceritaan. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. B3. Pertandingan pelukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. C3. Pertandingan pemasakan. D1. Pertandingan menyanyi. D2. Pertandingan nyanyian. D3. Pertandingan bernyanyi. D4. Pertandingan penyanyian. E1. Pertandingan mengarang. E2. Pertandingan karangan. E3. Pertandingan pengarangan. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. F2. Pertandingan deklamasi sajak. F3. Pertandingan pendeklamasian sajak. G1. Pusat membeli-belah. G2. Pusat beli-belah. | A1. Pertandingan bercerita. Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. D1. Pertandingan menyanyi. E1. Pertandingan mengarang. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. G. Pusat beli-belah. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk makna perkataan bagi frasa di atas. | Tatabahasa | 27.09.2013 |