saya ingin bertanya, adakah penggunaan kata sendi naam, di d, dalam dan di dalam dalam ayat yang berikut betu penggunaanya? 9. Dia menunggu kami dalam perhentian bas. 10. Beliau memuliki ijazah sarjana di bidang pengurusan perniagaan. | Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya Saya tinggal di Kuala Lumpur. Kata sendi nama "dalam" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jaraak, contohnya Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya. Kata sendi nama "di dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang mempunyai ruang dan jarak, contohnya Pengembara itu sesat di dalam hutan. | Tatabahasa | 23.03.2012 |