Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam perpaduan,Minta pembetulan ayat berikut" di sini ada jual tiub motor dan menampal tiub". | Jika untuk nama kedai penamaan yang betul ialah "Kedai Tiub Motor" dan untuk keterangan tambahan di bawahnya "Menjual dan menampal tiub motor" | Tatabahasa | 03.04.2011 |
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandangan | Berdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal. | Istilah | 22.07.2013 |
Bagi sesetengah syarikta menjual kereta terpakai hanya menggunakan ayat seperti.."Perniagaan kereta Bunga raya Motor Sdn Bhd"..adakah ia bersesuaian? Pohon bantuan tuan jika ada cadangan lain yang lebih baik. TK | Keterangan aktiviti mesti ada dalam setiap iklan. Merujuk contoh yang saudara berikan, keterangan aktiviti yang betul ialah "Perniagaan Kereta Terpakai" dan di baris bawahnya ditulis nama syarikat - Bunga Raya Motor Sdn. Bhd.. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari/daripada kawasan sekolah. 2) Dia turun dari/daripada motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada/kepada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari/daripada pejabat. 5) "Saya dari/daripada sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari/daripada bilik air. | Berikut ialah jawapan bagi soalan saudara: 1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari kawasan sekolah. 2) Dia turun dari motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari pejabat. 5) "Saya dari sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari bilik air. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. | Tatabahasa | 14.11.2011 |
Mengapakah frasa sukan lasak diterima pakai, manakala kerja lasak penggunaannya tidak tepat? | Frasa sukan lasak telah diterima sebagai satu istilah seperti lumba motor lasak. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan frasa 'kerja lasak' dalam sumber rujukan kami. Jika 'kerja lasak' yang dimaksudkan sesuai dengan konsep/makna lasak maka frasa tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 30.09.2011 |
Fan Room,Fan smoke,MSB Room,Consumer HT Room,Pump Room,AHU,MATv/Telephone,Mechanical,HT Riser Shaft,Telephone Room,Hose Reel,MDF Room,genset Room,Elec Room,Elec Riser Shaft M&E Room,Wet Riser Pump Room,Lift Motor Room,Press Fan Room,Store,SESB Switching Room,Water Pump Room,SDF Room,Chiller Plant Room,Garbage Room,S&W Riser Shaft,Central Refuse Handling Room,SESB Matering Panel Room,Pressurization Duct,Matering Room,Air-Cond Genset Room,Green Room,Props Room,Projector Room,Function Room Store,Projector Control Room. | Bilik Kipas,Asap Kipas,Bilik Papan Suis utama,Bilik Voltan Tinggi Pengguna,Bilik Pam,Bilik Unit pengelolaan Udara,Televisyen,Bilik Mekanikal,Aci Penaik Voltan Tinggi,Bilik Telefon,Gelung Hos,Bilik Kerangka Agihan Utama,Billik Janakuasa,Bilik Elektrik,Aci Penaik Elektrik,Bilik Mekanikal dan Elektrik,Bilik Pam Penaik Basah,Bilik Motor Lif,Bilik Kipas Tekanan,Stor,Bilik Pensuisan SESB,Bilik Pam Air,Bilik Kerangka Agihan Pelanggan,Bilik Loji Pendingin,Bilik Sampah,Aci Penaik Kumbah dab Sisa,Bilik Pengendalian Sampah Pusat,Bilik Panel Meter SESB,Saluran Tekanan,Bilik Meter,Bilik Janakuasa Penyaman Udara,Bilik Nanti Giliran,Bilik Alatan,Bilik Projektor,Stor Fungsi,Bilik Kawalan Projektor. | Istilah | 28.04.2011 |
apakah maksud ditala? | Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Tala juga membawa maksud: tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam. tala III: menala memukul dgn tangan tergenggam. tala IV: hala, arah. | Makna | 12.12.2012 |
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''? | Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan. | Makna | 30.05.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata motor |
|
|