Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah "gitar", "gol", "gondol" dan "gila-gila" boleh di kategorikan sebagai simpulan bahasa? Sebagai contoh untuk perkataan "gitar", seperti ayat berikut, Model-model yang menjalankan persembahan fesyen itu semuanya berbadan bentuk gitar. "Gitar" disini membawa maksud bentuk badan wanita yang cantik. Mohon penjelasan DBP. Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. Contoh perkataan yang tuan berikan bukanlah simpulan bahasa, sebaliknya ialah kata umum yang masih mengekalkan makna asalnya. Gitar dalam ayat tersebut masih bermaksud gitar dan tubuh wanita dalam ayat itu dikiaskan kepada bentuk gitar. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
Yang manakah frasa yang paling tepat antara MODEL EKONOMI BAHARU dengan MODEL BAHARU EKONOMI? | Model ekonomi baharu. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
Salam, yang manakah betul? 'model terbaharu kereta' atau 'model kereta terbaharu'?terima kasih. | Model kereta terbaharu. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih. | Istilah yang betul Model Ekonomi Baru. | Istilah | 18.04.2011 |
Sila beri terjemahan yang tepat barkaitan perkataan "Business Model" dan "Konsep Vendor" di dalam Bahasa Malaysia. Tujuan adalah untuk membuat Memorandum Jemaah Menteri. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi Bussiness Model ialah Model Perniagaan, vendor dalam bahasa Melayu ialah penjual atau pembekal barangan (perkhidmatan. Untuk penyediaan kertas jemaah menteri perlukan maklumat yang tepat, oleh itu sila rujuk artikel yang ditulis tentang isu tersebut. "Konsep vendor" tiada dlm sumber rujukan kami. | Makna | 17.03.2008 |
Minta penjelasan perkataan model dan replika dari sudut kesesuaian ayat. Adakah sebuah kereta kecil itu meyerupai yang sebenar itu dipanggil model atau replika. tk. | Model bermaksud barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya seperti yang asal tetapi lebih kecil, manakala replika bermaksud model sesuatu objek yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli. Berdasarkan makna tersebut frasa yang betul ialah model kereta. | Makna | 20.03.2012 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi istilah 'role model' dan 'tone'. | Saudara Nik, Padanan bahasa Melayu bagi 'role model' ialah model peranan dan 'tone' ialah nada atau ton. | Istilah | 09.09.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan Model Inspirasi? | Inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain); atau disebut juga ilham. Oleh itu, Model Inspirasi bermaksud model yang menjadi ilham dalam penghasilan sesuatu karya. | Makna | 27.10.2010 |
Sdr, tolong berikan petua tentang penggunaan perkataan "baru" dan "baharu". Kenapa "Model Baru Ekonomi", bukan Model Baharu Ekonomi, contohnya. Sekian, terima kasih. | Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Oleh itu, Model Baru/Baharu Ekonomi adalah betul. | Tatabahasa | 14.06.2010 |
The Theoretical Model is a multi-levelled model. Incorporated in the first level are the three key aspects most expected to impact on teachers relationships with students: Connectedness, Availability and Communication. The second level of the model features the expected mechanisms by which the key aspects were expected to be demonstrated by teachers as they relate with the students in their classes. Teachers who demonstrated the expected mechanisms were seen to be working towards achieving the key aspects in their relationships with students. | Soalan saudara tidak jelas. Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa menangani masalah penggunaan bahasa Melayu yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa, penyemakan bahasa, penyelidikan bahasa, kegiatan pengembangan bahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 23.02.2011 |