Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan maksud perkataan MOHON dengan MINTA | 'Mohon' bermakna minta; minta izin; mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan. 'Minta' menyatakan mahu akan sesuatu atau memohon untuk mendapatkan sesuatu. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1040 dan 1034. | Makna | 18.07.2010 |
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai? | Saudara, Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut. | Istilah | 03.12.2010 |
1.Apakah cara membezakan kata perintah " sila" dan "minta'? 2. ( Sila , Minta ) membawa kad pengenalan kamu ? Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini ? Terima kasih.. | 1. Sila bermaksud meminta (menyuruh, mengajak dsb) dengan hormat, manakala minta bermaksud lebih umum, iaitu memohon (untuk mendapat sesuatu). 2. Lazimnya diungkapkan "sila bawa kad pengenalan kamu" atau "minta kad pengenalan kamu". | Tatabahasa | 11.06.2010 |
Adalah perkataan "dimohon" sesuai digunakan dalam surat menyurat rasmi Kerajaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
minta tolong beri penjelasan tentang perbezaan antara fonetik dan fonemik...terima kasih | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonemik ialah berkenaan fonem; dan kajian linguistik tentang fonem. Fonem bermaksud unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. | Tatabahasa | 30.11.2013 |
Minta tanya, apakah frasa yang digunakan dalam bahasa Melayu baku yang membawa maksud "bird eye view"? | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi "bird eye view" ialah pandangan atas (bidang pertanian) dan pandangan dari udara (bidang komunikasi). Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bird+eye+ untuk lebih lanjut. | Istilah | 16.11.2013 |
minta stamping untuk membuat lessen memohan , terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Tuan perlu mendaftar untuk kali pertama dan ikuti prosedur seterusnya. | Lain-lain | 01.10.2013 |
Minta maaf, kerana membuat pertanyaan semula tentang kata sanggup, saya amat memuaskan hati dengan jawaban yang diberikan | Perkatan sanggup tergolong dalam kata kerja. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
Minta penjelasan DBP berhubung ketepatan penggunaan di antara perkataan "ialah" dan "adalah". Contohnya: Penggunaan yang mana lebih tepat, Perniagaan anda ialah keutamaan kami. ATAU Perniagaan anda adalah keutamaan kami. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Perniagaan anda ialah keutamaan kami." Untuk makluman, kata pemeri ialah hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti (untuk, pada, dalam, dll) dan kata adjektif sahaja. | Tatabahasa | 27.09.2013 |