1. Antara telekung mini dengan mini telekung, yang manakah betul? apakah jawapan untuk soalan mencari kesalahan ayat tersebut (rujuk gambar) 2. Adakah 'membaikkan jalan', frasa ini betul? 3. Adakah kesalahan dalam 'memberikan banyak hadiah'? Bolehkan memberi rujukan untuk jawapan di atas? seperti kamus dll | 1. Frasa yang betul ialah telekung mini. Ayat tersebut tiada kesalahan 2. Frasa ini salah, yang betul ialah membaiki jalan 3. Frasa memberikan banyak hadiah adalah betul. Kata memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
1. Yang mana satu betul : mini telekung atau telekung mini? 2. Dalam Kamus Dewan, miniskrit tetapi bas mini = mengapakah terdapat perbezaan? | Hal ini berkaitan dengan Hukum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang perlu hadir pada kedudukan kedua. dalam hal ini jawapan yang betul ialah telekung mini. Namun kecualian peraturan D-M seperti Perdana Menteri, ibu pejabat dan lain-lain lagi | Tatabahasa | 09.07.2007 |