Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mesin pembuat mi atau mesin pembuatan mi atau mesin ??? mi ... terima kasih. | Frasa yang betul ialah mesin pembuatan mi. | Tatabahasa | 29.06.2013 |
Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan terangkan kepada saya ayat yang berikut: 1. Ali mengeluarkan wang dari / daripada mesin ATM. 2. Mesin ATM dalam ayat ini menunjukkan sumberkah ataupun tempat? 3. Bagaimanakah kita hendak membezakan sumber dengan tempat ? 4. Kalau tempat itu menunjukkan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya kita senang membezakan tetapi kalau seperti ayat di atas ada yang mengatakan mesin ATM itu tempat dan ada pula yang mengatakan itu tempat, keadaan seperti ini amat mengelirukan saya. 5. Berharap agar tuan dapat mengajar saya cara untuk membezakan antara tempat dan sumber. Sekian, terima kasih. | 1. Ali mengeluarkan wang daripada mesin ATM. - Ungkapan yang betul ialah daripada kerana merujuk punca duit itu dikeluarkan, manakala tempat ialah ruang berlakunya sesuatu. Seperti yang saudara nyatakan tempat ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, utara, selatan dan sebagainya. Untuk lebih memahami perbezaan penggunaan dari dan daripada, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268-272. | Tatabahasa | 13.08.2011 |
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih. | Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
pengedar alat-alat ganti mesin | pengedar alat ganti mesin | Tatabahasa | 15.12.2008 |
Selamat pagi. Apakah cadangan terjemahan bagi perkataan 'autopay' yang bermaksud mesin bayaran automatik tempat letak kereta? Terima kasih | Perkataan autopay belum ada padanan dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan autopay diterjemahkan kepada autobayar atau mesin bayaran automatik. | Istilah | 25.06.2012 |
Penggunaan kata sendi dari,daripada. 1) bangun dari / daripada tidur? Jika dari/ daripada, apakah alasannya. 2) mengambil wang dari / daripada mesin ATM? | Bangun daripada tidur dan daripada mesin ATM. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI. | Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan: PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Apakah pengertian Mekanikal dari segi bahasa dan undang-undang. apakah maksud alat ganti proprietary dan alat proprietary | Mekanikal bermaksud sesuatu yang berhubung dgn jentera (mesin dll); atau secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4). Alat ganti proprietari bagi istilah perubatan bermaksud alat (alat ganti) yang dibuat atau diagih-agihkan oleh pemiliknya. | Makna | 26.11.2007 |
apakah maksud "perewel" | Menurut Kamus Pelajar, perewel ialah /peréwél/ bahagian daripada sesuatu mesin yang dapat bergerak tanpa rintangan. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Bagaimanakah cara yang betul apabila kita menghantar surat cadangan/proposal kepada sesuatu kementerian untuk mendapatkan mesin fogging bagi persatuan sukarelawan. | Surat rasmi perlu mengikut format yang betul dan ditulis dalam bahasa Melayu yang jelas dan betul. | Lain-lain | 19.11.2008 |