Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Akar-akar kayu yang direbus itu sudah _________. A mencair B. meruap C. mengering Pilihan di atas manakah sesuai menjadi pilihan jawapan?BolehkaH tuan/puan memberikan penerangannya?Terima kasih. | Akar-akar kayu yang direbus itu sudah meruap. Meruap bermaksud mendidih dan melimpah. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui perbezaan antara istilah 'rebus' dan 'didih'. Adakah kedua-dua istilah tersebut bersinonim? Soalan seterusnya, adakah teedapat sebarang bahan rujukan yang diterbitkan bagi istilah laras masakan seperti istilah-istilah lain yang mempunyai kamus istilah tersendiri? | Rebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, didih - mendidih bermaksud meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan. Berdasarkan huraian tersebut, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza. Untuk mendapatkan makna kata layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan pada ruangan CARI tulis kata kunci kata berkenaan. | Lain-lain | 29.08.2016 |
Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya? | Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit. Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 08.06.2016 |
|
Puisi |
---|
|
Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah.
Lihat selanjutnya... |
|