Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
erti mencurah air ke daun keladi | Maksud peribahasa itu ialah memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Makna | 13.05.2010 |
Selamat sejahtera... Saya ingin tanya tentang sesuatu istilah yang kurang difahami oleh kami. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa berdifusi luar dalam perancangan bahasa Melayu? Terima kasih. | Berdifusi bermaksud meresap (masuk ke dalam bahasa contohnya, kebudayaan dan lain-lain, contohnya; sesuatu bahasa itu dikatakan berdifusi jika ia bergerak dan menyebar ke dlm bahasa lain. Jika diteliti ungkapan yang saudara berikan proses ini (berdifusi) benar dalam konteks bahasa Inggeris, tetapi tidak jelas dalam konteks bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Perancangan Bahasa (Abdullah Hassan) atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 23.03.2009 |
apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud? | Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Lain-lain | 09.05.2012 |
|
|