Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, dalam Tatabahasa Dewan Ed Ketiga m.s 391, terdapat perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Sebagai contoh kata menyeramkan, menyedihkan , membimbangkan, menggembirakan, menyenangkan dll. Soalan saya, adakah kata-kata di atas kata kerja transitif? Hal ini disebabkan kata-kata tersebut boleh diikuti oleh frasa nama. Sekiranya ya, bermaksud ayat-ayat berikut boleh dipasifkan. 1. Filem itu sungguh menyeramkan kami (aktif) menjadi : Kami diseramkan oleh filem itu. (pasif) 2. Berita baik tentang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan para ibu bapa. (aktif) menjadi : Para ibu bapa amat disenangkan oleh berita baik kejayaan anak-anak di sekolah. (pasif) Bukankah ayat-ayat pasif di atas ganjil bunyinya? Harap tuan dapat beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Kata kerja tersebut ialah kata kerja transitif. Ada beberapa ciri kata kerja tersebut, iaitu: objeknya terdiri daripada kata ganti nama diri; kata ganti nama diri tersebut boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat; membawa maksud emotif/berkaitan dengan perasaan; kata dasar kata kerja tersebut lazimnya ialah kata adjektif; dan ayat tersebut ialah ayat penyata. Kata kerja tersebut boleh dipasifkan, tetapi bentuk pasifnya jarang digunakan. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Apakah maksud " menyejukkan mata " ? Terima kasih. | Menyejukkan mata ialah kiasan yang bermaksud menyenangkan mata dan pada lazimnya setiap perbuatan/perkara yang menyejukkan mata akan menenangkan fikiran, perasaan dan sebagainya. | Makna | 27.06.2009 |
Apakah definisi muzik secara menyeluruh? | Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian. | Makna | 19.02.2008 |
Apakah perbezaan erti bagi "secara amnya" dengan "secara umumnya". Apakah penggunaan secara amnya dalam ayat ini salah "Simptom-simptom AF mungkin tidak menyenangkan, namun secara amnya tidak mengancam nyawa". | Kedua-dua perkataan tersebut boleh bersaling ganti kerana merupakan kata yang sama makna. | Tatabahasa | 26.09.2019 |
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu. | Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu. | Lain-lain | 05.03.2007 |
maksud realisme dalam kesusasteraan | realisme ialah salah satu gaya seni dan sastera yang di dalamnya peristiwa, perkara dan sebagainya, terutama yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan dalam keadaannya yang sebenarnya seperti dalam kehidupan. | Lain-lain | 19.09.2008 |
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
ciri-ciri karya realisme dalam sastera kanak-kanak | realisme merupakan salah satu gaya seni atau sastera yang di dalamnya benda-benda, perkara atau peristiwa, terutamanya yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan secara sebenarnya seperti yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan. Oleh yang demikian, untuk mengetahui sama ada ciri-ciri realisme ini ada atau tidak dalam sastera kanak-kanak, saudara mestilah membaca banyak buku kanak-kanak, kerana sastera kanak-kanak itu sendiri terdiri daripada banyak bentuk, sama ada dalam buku bergambar, buku berilustrasi, dan sebagainya. Peringkatnya umur kanak-kanak itu juga diambil kira, sama ada peringkat awal, seperti prasekolah atau sebagainya. | Lain-lain | 18.09.2008 |
Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - Isi Penuh - Isi Hati - Isi Tenaga - Isi Semula - Isi dan Kuku - Isi Poket - isi Semua Sekali | Pihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.07.2025 |
Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih. | Soalan 1, jawapannya (b) dalam Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya. Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
| Tatabahasa | 17.05.2018 |