Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Nampaknya kemahiran menunggang kamu semakin baik dari/daripada hari ke hari. | Nampaknya kemahiran menunggang kamu semakin baik dari hari ke hari. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
apa beza mengayuh basikal dengan menunggang basikal? | Mengayuh basikal bermaksud menjalankan basikal dengan memijak dan memusingkan kayuhnya. Manakala menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas basikal. Perbuatan pertama memberi tumpuan kepada perbuatan menggerakkan basikal. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
"Hari ini ialah/adalah pertama kali saya menunggang kuda," kata Rahim. | "Hari ini pertama kali saya menunggang kuda," kata Rahim. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Antara ayat-ayat di bawah, yang mana satu betul. 1a) Ali boleh menunggang basikal. 1b) Ali dapat menunggang basikal. 2a) Adik ada tahi lalat di pipi kiri. 2b) Adik mempunyai tahi lalat di pipi kiri. 3a) Arca yang menarik itu tercipta olehnya. 3b) Arca yang menarik itu dicipta olehnya. | 1a) dan 1b) - Kedua-duanya betul bergantung pada konteks penggunaannya. 2a) dan 2b) - Kedua-duanya betul. Tetapi yang lebih betul ialah 2a. 3b) betul | Lain-lain | 02.04.2009 |
salam tuan. Mohon pendapat tuan ttg ayat2 di bawah: 1-a) Zamri menunggang basikal ke sekolah. 1-b) Zamri ke sekolah menunggang basikal. 1-c) Zamri ke sekolah menaiki bas. 2-a) Mereka makan di kantin pada waktu rehat. 2-b) Mereka makan pada waktu rehat di kantin. B/mana pndpt tuan ayat nombor 1 dr segi struktur dll. Boleh diterima sbg betul atau tdk tepat? Bagi saya, ayat 2 tidak salah. Bezanya hanya pada peluasan predikat shj. T/kasih. | Semua ayat tersebut adalah betul, perbezaan hanyalah predikatnya sahaja sama ada Frasa Kerja atau Frasa Sendi Nama. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
1.Apakah beza melontar bola dengan membaling bola? 2.Perbezaan antara mengayuh basikal dengan menunggang basikal? 3.memotong kuku , mengetip kuku dan memepat kuku, adakah ketiga-tiga kosa kata ini adalah sama maksud? | Tidak ada perbezaaan antara melontar/membaling bola, mengayuh/menunggang basikal, memotong, mengetip/memepat kuku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 14.08.2010 |
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi. | Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Perbezaan mengajar dengan mengajari. Contoh ayat: Ayah mengajari/mengajar anaknya cara menunggang basikal. Persoalan: Mengapakah penggunaan kata kerja 'mengajar' tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Apakah perbezaan mengajar dengan mengajari dalam ayat tersebut. | Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain atau mendidik dan melatih, manakala mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), atau melatih. Berdasarkan makna yang diberi kedua-dua kata terbitan tersebut sama maknanya dan boleh digunakan (mengajar/mengajari) dalam contoh ayat yang diberi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | 1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek (dengan hasil jualan tersebut) - predikat 2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat | Tatabahasa | 18.04.2013 |