Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Encik Ali berasa risau kerana menimpa banyak masalah. Adakah kesalahan dalam ayat ini?terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Encik Ali berasa risau kerana banyak masalah menimpanya." | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Salam, Adakah apa-apa peribahasa Melayu yang bermaksud "berasa gembira atas bencana yang menimpa orang lain"? Sekian, terima kasih. | Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bencana&d=11 jika ada peribahasa lain yang berkaitan. | Tatabahasa | 24.10.2012 |
apakah maksud malapetaka,bala? | Malapetaka ialah berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan,dsb); Bala ialah kejadian buruk yang menimpa seseorang atau sesuatu tempat. | Makna | 19.01.2008 |
Minta tanya, apakah perbezaan dan penggunaan antara 'mengenai', 'tentang' dengan 'bagi'. Sekian, terima kasih. | 'Mengenai' bermaksud kena pada (matlamat, sasaran dll), menyentuh, berkenaan dengan, tentang, menimpa. 'Tentang' bermaksud berkenaan dengan, berkaitan dengan, darihal, mengenai; akan ... , dalam hal; hal, perkara. 'Bagi' bermaksud untuk, buat, guna. | Makna | 29.06.2008 |
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara? | "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga. | Sastera | 23.01.2024 |
.....akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah negara. tuan/puan,betulkah penggunaan kata dalam ayat di atas? 'menyerang' sesuai digunakan dlm konteks ayat tersebut atau tidak? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyerang juga membawa maksud 2. menimpa (penyakit dan lain-lain), menyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri. Oleh itu, penggunaan menyerang dalam contoh yang diberikan boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke--an, ter--kan, dan ter--i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan. | 1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1368, perkataan “melupakan” ialah kata terbitan daripada perkataan “lupa” yang membawa maksud lupa akan, tidak ingat akan, menjadikan lupa. Berdasarkan cadangan pembetulan yang diberikan, kedua-dua jawapan adalah betul dan boleh digunakan seperti yang berikut: - Mak Esah tidak pernah lupa akan peristiwa pahit yang menimpa anaknya, walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku.
- Mak Esah tidak pernah melupakan peristiwa pahit yang menimpa, anaknya walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku.
Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja iaitu: - Dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan.
- Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 – 185. * Untuk soalan yang akan datang, tuan/puan tidak perlu menghantar lampiran, memadai dengan memasukkan soalan dalam ruangan yang disediakan.
| Tatabahasa | 13.12.2024 |
maksud kekangannya | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. | Istilah | 15.03.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Pecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 99 Every cloud has a silver lining Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya. Ada rahmat yang tersembunyi She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank! Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi ada rahmat yang tersembunyi. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|