Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Soalan-soalan untuk Khidmat Nasihat DBP 1. Bagaimanakah pemenggalan suku kata perarakan? 2. Apakah sebutan perarakan? 3. Bagaimanakah pemenggalan suku kata perempuan? 4. Apakah sebutan perempuan? 5. Bagaimanakah pemenggalan suku kata menguek? 6. Apakah sebutan menguek? 7. Bagaimanakah pemenggalan suku kata berada? 8. Apakah sebutan berada? 9. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengambil? 10. Apakah sebutan mengambil? 11. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengalir? 12. Apakah sebutan mengalir? 13. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengutip? 14. Apakah sebutan mengutip? 15. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengayuh? 16. Apakah sebutan mengayuh? 17. Bagaimanakah pemenggalan suku kata menyanyi? 18. Apakah sebutan menyanyi? 19. Bagaimanakah cara menulis mari oh ke mari/ kemari? 20. Yang manakah betul: boleh melihat atau boleh lihat? 21. Yang manakah betul: dapat melihat atau dapat lihat? 22. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan di? (Di desa ada sungai. Di dalam beg ada buku.) | 1. 1.Sila rujuk cara pemenggalan dan sebutan suku kata bagi perkataan tersebut di lampiran. 2. Ejaan yang betul ialah "ke mari", dieja terpisah. 3. Perkataan "boleh melihat", "boleh lihat", "dapat melihat" dan "dapat lihat" betul dan boleh digunakan berdasarkan kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. 4. Kedua-dua ayat tersebut betul: "Di desa ada sungai." dan "Di dalam beg ada buku." 1.
| Ejaan | 17.04.2024 |
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam puan, Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek. Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif. Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas. | Tatabahasa | 25.01.2018 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata menguek |
|
|