Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya. | Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat akan kebajikan pekerjanya atau Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya munsyi, manakah ayt yang manakah betul? | Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Salam 1Malaysia, Permasalahan yang sebenarnya ialah mengambil berat tentang atau terhadap. Ada munsyi bahasa menyatakan bahawa mengambil berat tentang sesuatu manakala mengambil berat terhadap seseorang. Adakah konsep ini boleh diguna pakai? Seperkara lagi, adakah kata sendi ke atas sesuai digunakan selepas frasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman? Harap jelaskan. Sekian. KAY SEVEN | Maklumat tentang penggunaan kata 'tentang' dan 'terhadap' adalah betul. Untuk lebih memahami 'tentang' ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa ke atas digunakan bagi merujuk kedudukan di atas. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan kata yang lebih gramatis ialah 'mengenakan hukuman terhadap'. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap? | Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
maksud ayat mengambil berat | Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. | Makna | 05.09.2006 |
1. adakah perkataan "mengemop"diterima? 2. Ibu bapa harus mengambil berat: ----- pelajaran anak- anak mereka. a. akan b. tentang | Saudara, Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop menjadi mengemop. Bagi ayat kedua pula kata sendi nama yang sesuai ialah tentang. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
1. Cikgu menyentuh tentang masalah disiplin murid. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Bapa mengambil berat tentang pelajaran kami. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Dia juga pandai/Dia pandai juga. | Ayat (1) dan (2) boleh menggunakan 'tentang' yang bermaksud mengenai atau berkaitan dengan. Manakala ayat (3), kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Saya nak tanya ayat berikut ada kesalahan atau tidak. Jika ada tolong terangkan. Aystnya: Guru besar itu mengambil berat terhadap kebajikan murid-muridnya. | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
Dari segi tatabahasa, adakah 'ambil berat' patut dibubuh imbuhan meN- dalam ayat-ayat berikut dalam konteks penulisan? 1) Pak Su ambil berat akan anak-anaknya. 2) Kita patut ambil berat terhadap warga tua. Jika dibubuh imbuhan, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' perlu digugurkan? (ikut prinsip kata kerja transitif) | Ayat yang gramatis ialah "Pak Su mengambil berat perihal anak-anaknya" dan "Kita patut mengambil berat perihal warga tua". Mengambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud memberikan perhatian yang istimewa. Manakala dalam konteks kata kerja transitif kata kerja mengambil perlu diikuti langsung oleh objek yang terdiri daripada kata nama seperti "buku" dan "bola" menjadi "mengambil buku" dan "mengambil bola". Kata sendi nama "akan" pula perlu didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu, kata sendi nama "akan" digugurkan dalam ayat contoh tersebut. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
Anak-anak yatim itu bertuah kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil berat__kebajikan mereka. MUNSYI, SAYA WASWAS SAMA ADA SELEPAS MENGAMBIL BERAT, WAJARLAH DIIKUTI DENGAN KATA SENDI ATAU TIDAK, TQ | Dalam konteks ini kata sendi nama perlu untuk membawa maksud rujukan sesuatu benda yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama yang sesuai ialah "tentang". | Tatabahasa | 25.03.2012 |