Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1) Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya juga mengalami sakit tulang belakang. 2) Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya mengalami sakit tulang belakang juga. 3)Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya mengalami sakit tulang belakang pun. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah ayat 1 dan 2. | Tatabahasa | 28.06.2024 |
Adakah ada kemungkinan untuk saya mengalami kesan sampingan? Saya mengalami atau Saya Alami? | Ayat yang betul ialah "Adakah kemungkinan saya mengalami kesan sampingan?" | Tatabahasa | 21.03.2024 |
Saya mengalami sakit yang kuat. Saya mengalami kesakitan yang kuat. Ayat yang manakah betul? | Ayat "Saya mengalami sakit yang kuat." dan "Saya mengalami kesakitan yang kuat." adalah betul. | Tatabahasa | 27.07.2022 |
antara "mengalami kesakitan yang tersangat" dengan " mengalami sakit yang teramat", mana satu ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah "Mengalami sakit yang teramat". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.' | Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. | Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
Saya mengalami selera makan. Adakah ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah “Saya mempunyai selera makan.” | Tatabahasa | 24.06.2024 |
Saya mengalami kebuntuan untuk padanan nama aktiviti sukan untuk "surfing" dan "skating". Saya dapati kedua-duanya bermaksud "luncur/meluncur". Walaupun begitu penggubalan berkenaan dengannya memerlukan perbezaan padanan bahasa antara kedua-dua perkataan tersebut. Mohon khidmat nasihat tuan/puan. | Betul, "surfing" dan "skating" keduan-duanya bermaksud luncur kerana konsep perbuatannya sama, iaitu meluncur. Namun, pengguna boleh membezakan penggunaan kedua-dua kata tersebut mengikut terjemahan istilah yang berkaitan dan konteks penggunaannya, "surfing" ialah luncur air (laut), manakala "skating" ialah luncur ais. | Istilah | 24.02.2023 |
Petani itu mengalami kerugian kerana duriannya gugur ketika masih _____ . A. mengkal C. ranum B. putik D. muda Manakah jawapan yang betul? | Jawapan yang betul ialah “putik”. | Makna | 30.05.2024 |
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja? | Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa. | Lain-lain | 26.08.2017 |