Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah faktor-faktor yang mengakibatkan murid-murid tidak menguasai "kata banyak makna" dan bagaimanakah caranya untuk menguasai "kata banyak makna"?? | Antara faktor pelajar tidak menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu ialah tidak menjadikan kamus sebagai 'teman akrab', iaitu dengan membawanya ke mana sahaja dan sering merujuk kamus. Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 04.03.2012 |
Kekeringan tubuh badannya membuatkan dia sering diserang penyakit angin ahmar yang mengakibatkan anggotanya lumpuh. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQ | Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
penggunaan boleh/dapat yang betul. 1. penggunaan alat kecantikan dapat/boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. 2. Antaranya cara yang dapat/boleh dicuba oleh seseorang yang ingin berhenti merokok adalah... 3.Kelambu pula dapat/boleh dipasang di bilik. 4. .....,menjadi pengedar pun dapat/boleh menjadi kaya. 5.wabak yang berbahaya dapat/boleh membawa maut. 6. untuk menegathui status kad pengenalan,seseorang dapat/boleh melayari laman web.. | Saudara Azmazaira, Perkataan 'boleh' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keizinan atau kebenaran, manakala perkataan 'dapat' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keupayaan atau kemampuan. Jawapan bagi ayat yang di atas ialah : i. dapat ii. dapat iii. boleh iv. dapat v. dapat vi. boleh | Tatabahasa | 28.04.2010 |
maksud barang penggenap | Istilah baru ialah barang pelengkap yang bermaksud dua atau lebih barang, apabila harga salah satu barang naik, akan mengakibatkan kejatuhan permintaan barang yang lagi satu. Barang penggenap ialah istilah lama. Harap maklum. | Istilah | 19.07.2008 |
industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah membawa? apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan membawa jika membawa adalah salah. | Merujuk Kamus Dewan antara maksud membawa ialah mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah membawa perubahan sebanyak itu. Berdasarkan keterangan makna dan contoh tersebut, ayat industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita, betul cuma jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah memberi, padahal memberi juga bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
Saya cadangkan DBP agar tidak menggalakkan pengguna bahasa menggunakan kata 'orang-orang' sebagai jamak kepada 'orang' kerana hal ini banyak mendatangkan kekeliruan terutama dalam penghasilan sarikata televisyen dan mengakibatkan kami syarikat media sukar menjelaskan hukum tatabahasa kepada penterjemah/pelanggan kami. Hadkan sahaja 'orang-orang' kepada maksud 'scarecrow'/'puppets' atau sebarang objek selain daripada manusia.Terima kasih. | Kata 'orang' tidak perlu digandakan kerana 'orang' boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 'Orang-orangan' bermaksud patung atau menyerupai manusia. Lihat Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Kita mestilah berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ___ malu kepada orang tua kita. a. memberikan b. memberi | Kita mestilah berkelakuan baik dan jangan sekali-kali memberi malu kepada orang tua kita. memberi di situ bermaksud mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan | Tatabahasa | 08.07.2008 |
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah (membawa/mengundang) gejala sosial. Perkataan "membawa/mengundang" sesuai digunakan dalam ayat di atas? Boleh berikan penjelasan?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah; Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah membawa gejala sosial. - membawa bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih. | Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( Vehicle Actuated ) dan sistem had masa ( Fix Time ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan. | Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi. | Lain-lain | 09.04.2010 |