Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan? | Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. | Tatabahasa | 15.07.2011 |
Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih. | Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasih | Pendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
Apakah makna Intifada? | Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987. | Makna | 28.07.2006 |
Saya menghadapi masalah untuk menguasai bahasa malysia dengan baik .Dalam masa yang sama pihak majikan minta pada saya untuk menduduki pepiriksaan julai 2009 .Seandainya saya gaga mendapat kepujiaan maka saya akan diberhentikan kerja.! Untuk itu saya meminta nasihat D.B.P bagaimana nak kuasai bahasa malysia dan tolong tunjuk tempat yang bagus untuk belajar bahasa malaysia? sekian terima kasih | Untuk belajar apa pun bahasa di dunia termasuk bahasa Malaysia memerlukan ketekunan, sentiasa meneliti nota/pedoman, dan sering bercakap menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Sila hubungi Institut Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus jangka pendek (jika ada) yang boleh saudara ikut serta. | Lain-lain | 02.01.2009 |
Salam sejahtera! saya ada pertanyaan, adakah DBP memperuntukkan khidmat pelangan untuk menyemak karangan, oleh kerana tahun ini iaitu kurang dari 3 bulan saya akan menduduki atau telah mengambil peperiksaan kertas julai bahasa melayu (BM), saya tidak ada kenalan cikgu ataupun orang yang boleh menolong menyemak kertas kerja saya untuk persediaan peperiksaan? boleh kah DBP Menyemak dan memperbetulkan? bagaimana cara? sekian dan terima kasih. | Saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan khidmat nasihat bahasa, yang antaranya menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi seperti surat, laporan, kertas cadangan dsb. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, no. telefon 088-439314 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 06.04.2010 |
Kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat. Saya berpendapat 'penduduk-penduduk' betul. Apa pendapat tuan? | Penduduk bermaksud orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll). Oleh itu, perkataan penduduk dalam ayat tersebut tidak perlu digandakan. Ayat yang betul ialah 'Kedaifan penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat.' | Tatabahasa | 30.08.2007 |
Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih. | 1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. 3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. | Tatabahasa | 23.10.2009 |
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ..bermakna kata tanya boleh berada di akhir ayat jika dalam bentuk tulisan? contoh : Ujian akan bermula bila? (dalam bentuk tulisan, boleh?) | Betul, kata tanya boleh menduduki unsur predikat dalam ayat atanya seperti dalam ayat contoh yang tuan berikan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 445. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
SAYA INGIN TAHU MENGENAI KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH KERANA SAYA TELAH APPLY JAWATAN TERSEBUT. BOLEH KAH SAYA MENGETAHUI KEPUTUSANNYA. SAMA ADA SAYA LAYAK @ TIDAK ?? | Salam, Dimaklumkan kami sedang membuat tapisan akhir untuk memilih calon yang layak untuk dipanggil menduduki ujian pra perkhidmatan. Ujian tersebut dijadualkan akan diadakan pada akhir Februari 2008 ini. Sekiranya terpilih sdr akan dihubungi melalui telefon/surat dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |