Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mereka datang ke negara kita untuk mencari makan. Ungkapan mencari makan dalam ayat ini memang biasa digunakan. Masalahnya, makan ialah kata kerja. Jadi ayat ini tidak gramatis? | Encik Waris terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Untuk makluman Encik, perkataan mencari makan telah diterima sebagai bahasa kiasan. jadi dalam hal ini tidak timbul lagi soal kata kerja atau sebagainya. Banyak contoh lain yang bolek kita kaitkan selain daripada mencari makan ini. Terima kasih. | Makna | 30.11.2009 |
Mencari padanan istilah BM yang sesuai dengan perkataan underserved. Cth ayat: Team members takes underserved breaks | Untuk makluman, istilah "underserved" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau makna perkataan tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu. | Istilah | 01.02.2013 |
MENCARI PELUANG PEKERJAAN DI DBP...TERIMA KASIH | Kami amat mengalu-alukan sekiranya saudara mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 04.01.2013 |
Mencari alih bahasa sesuai untuk perkataan: 1. Corporate Service 2. Quality Assurance and reliability | 1. corporate service - perkhidmatan korporat 2. quality assurance and reliability - jaminan kualiti dan kebolehpercayaan | Istilah | 26.05.2011 |
mencari ayat yang tepat bagi 6 perkataan : masyarakat memacu kemajuan teknologi evolusi sesuatu | Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis perkataan masyarakat dalam ruangan cari, saudara akan memperoleh dapatan daripada kamus dan setiap entri perkataan lazimnya disertakan contoh ayatnya seperti masyarakat, Masyarakat tradisional ialah masyarakat yang mengamalkan cara hidup turun-temurun. Untuk perkataan lain, sila ulangi langkah yang dinyatakan. | Tatabahasa | 22.05.2011 |
mencari makna jenis-jenis ayat seperti ayat aktif, ayat majmuk, ayat songsang dll | Sila rujuk Bab 17 halaman 463 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi untuk mengetahui tentang ayat dan jenis-jenis ayat. | Tatabahasa | 26.07.2010 |
mencari buku tuntunan bahasa .asas pegangangan pelajar | Saudara, Sila kunjungi kedai buku, perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 16.06.2010 |
Mencari kata 'pharmaceutikal kepada bahasa melayu yang tepat | Ejaan yang betul ialah farmaseutikal. Maknanya ialah berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi. | Istilah | 05.04.2010 |
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama | Sawah bendang, pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama). | Lain-lain | 05.10.2009 |
mencari maksud perkataan : 1. telinga tempayan 2. kacang hantu | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna telinga tempayan ialah orang yg tidak mahu mendengar. Makna kacang hantu ialah orang jahat. | Makna | 09.07.2009 |