| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Menyakar sampah atau mencakar sampah. Terima kasih. | Mencakar sampah. Awalan kata kerja bagi cakar ialah men-. Kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s juga menjadi men-. | Ejaan | 04.01.2013 |
| Mohon pencerahan beda perkataan KUIS, KAIS, KAIT dan KAIH. Mohon juga contoh ayat untuk membedakannya. Terima kasih. | Kais atau mengais mempunyai tiga makna, iaitu: 1. mencakar dan menggaruk (tanah, pasir dan sebagainya) seperti ayam yang mencari makan 2. mencari (rezeki) dengan susah payah Kaih ialah ialah versi dialek (tidak baku) untuk kata baku kais. Kuis atau menguis mempunyai dua makna, iaitu: 1. menolak, menepis, atau menyepak sesuatu ke tepi atau ke tempat lain 2. mencakar atau menggaruk (sampah, tanah dan lain-lain) seperti ayam untuk mencari makanan Kait mempunyai empat makna, iaitu: 1. besi, kayu dan sebagainya yang bercangkuk di hujungnya dan dipasang pada buluh dan sebagainya untuk memetik buah-buahan dan sebagainya 2. sesuatu yang terselindung dan menyusahkan 3. berkaitan dengan kait 4. lihat makna mengait Mengait mempunyai empat makna, iaitu: 1. memetik sesuatu dengan kait 2. menarik atau mencangkuk sesuatu dengan sesuatu yang seperti kait 3. menjalinkan benang dengan jarum kait untuk membuat (renda, baju panas dan sebagainya) 4. mengambil (keuntungan dan lain-lain) dengan cara tidak halal Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana (2020) di kedai-kedai buku DBP atau melalui portal DBPNiaga.my | Makna | 07.12.2025 |
| Apakah Maksud mengakas | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan. Berikut ialah penjelasan ringkas berkenaan maksud perkataan tersebut. Menurut Kamus Dewan Perdana (2020), mengakas merupakan kata terbitan daripada akar kata kakas. Berdasarkan semakan yang telah kami jalankan, perkataan ini mempunyai homonim. Perincian takrifnya adalah seperti berikut: kakas1 [k•ks] ark kt lihat mengakas mengakas [m••ks] [psf: dikakas, kakas] ark kt memaksa (seseorang) melakukan sesuatu kakas2 [k•ks] Mn n garis-garis bekas kena kuku atau cakar binatang spt ayam, biasanya di atas tanah mengakas [m••ks] 1 ki Mn ktt bekerja keras tetapi hanya memperoleh hasil yg sedikit 2 Id kt (berkenaan ayam dsb) mencakar-cakar (tanah, pasir dll) utk mencari makanan Panduan: homonim: dua kata atau lebih yg mempunyai ejaan dan sebutan yg sama tetapi berlainan makna, mis daki kotoran) dgn daki (panjat). n: kata nama kt: kata kerja transitif ktt: kata kerja tak transitif ark: arkaik Mn: minang ki: kiasan Id: Indonesia | Makna | 03.06.2025 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencakar |
|
|