Penggunaan memek muka dapat membantu keberkesanan komunikasi. Memek muka, mimik muka atau ada perkataan lain? | Memek muka ialah kerut muka seseorang kerana sesuatu perasaan sama ada hendak menangis, risau, geli hati dan sebagainya. Menurut rujukan kami, tiada perkataan lain selain memek muka. | Lain-lain | 19.01.2009 |
assalamualaikum... saya ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ekstralinguistik? apakah benar ia bukan bahasa lisan tetapi merupakan bahasa gerak bahadan atau memek muka? minta penjelasan dan laman sesawang yang boleh saya rujuk. terima kasih | Konteks ekstralinguistik ialah konteks yang buka berupa unsur-unsur bahasa. Konteks ekstralinguistik itu mencakup praanggapan, pelaku (orang yang terlibat dalam peristiwa komunikasi berbahasa termasuklah penutur dan pendengar), topik, latar (tempat, waktu dan peristiwa komunikasi), saluran (ragam bahasa dan sarana yang digunakan dalam penggunaan wacana) dan kod (bahasa yang digunakan dalam wacana). Untuk maklumat lanjut rujuk buku/makalah yang berkaitan, antaranya Unsur-unsur Ekstralinguistik dalam Pemelajaran Bahasa, Noor Aina Dani, Pelita Bahasa, Jun 1988. | Lain-lain | 03.11.2010 |