| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Member Check merupakan kaedah didalam proses triangulasi kajian kualitatif. Apakah istilah member check dalam bahasa malaysia bagi merujuk perkara ini? atau tuliskan sahaj memebr check dengan italic kan sahaja perkataan tersebut? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah member check ialah semakan peserta. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 27.07.2023 |
| Tuan/Puan, Apa padanan "any member of the staff" dalam Bahasa Melayu bagi ayat konteks di bawah: "32. All members of the Board, the Vice-Chancellor, any member of the staff or agent of the Universiti, while discharging their duties or carrying out their functions or exercising their powers shall be deemed to be public servants within the meaning of the Penal Code [Act 574].". Sekian, terima kasih. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, perkataan any member of the staff boleh diterjemah kepada mana-mana anggota kakitangan itu... | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |
| Assalamualaikum, Saya mohon bertanya mengenai penterjemahan bahasa "subsidiary of" lazimnya diterjemahkan kepada "anak syarikat" Bagaimana pula dengan "a member of "? Adakah ia diterjemahkan kepada "syarikat dalam kumpulan"? Contohnya: Eng - Company A is "a member of Company B" BM - Syarikat A merupakan "syarikat dalam kumpulan syarikat B" | Kami mencadangkan "a member of" diterjemahkan sebagai "kumpulan syarikat" atau "ahli kumpulan syarikat". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2021 |
| Saya mohon bantuan untuk penyediaan papan tanda kami iaitu untuk Pusat Servis Kenderaan dengan logo anak syarikat. walau bagaimanapun, saya ingin menambah (A member of Radicare Group) logo Kumpulan Radicare. oleh kerana ini pertama kali kami meletakkan dua logo, dan sy dimaklumkan a member of Radicare group perlu ditulis dalam bahasa malaysia, saya mohon bantuan dari DBP utk translate (A member of Radicare Group) untuk dimasukkan dalam papan tanda ini. saya lampirkan draft signage yang dimaksudkan. | - Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun pengguna (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan dan lengkapkan permohonan.
- Perkataan A member of Radicare Group perlu diterjemahkan kepada Ahli Kumpulan Radicare.
- Perkataan Reg. No. Juga perlu ditukar kepada No. Pendaftaran.
| Lain-lain | 24.02.2026 |
| Tuan, Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan life member. Ayat dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: Ordinary members whether annual members or life members | Padanan bahasa Melayu bagi life member ialah Ahli seumur hidup. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2021 |
| Salam sejahtera, Setahu saya, clearing house adalah gedung penjelasan, bolehkah clearing member diterjemahkan kepada ahli gedung penjelasan? Terima kasih. | Rumah penjelasan digunakan dalam bidang ekonomi, jika "clearing member" merujuk orang yang terlibat dalam konteks yang tersebut, padanan ahli gedung penjelasan boleh digunakan. | Istilah | 13.12.2018 |
| Aslm, saya ingin mendapatkan terjemahan yang betul dalam b. melayu bagi "leader-member exchange"..iaitu satu konstruk yang digunakan dalam literature kepimpinan | Tidak ada maklumat berkaitan frasa tersebut, namun kami mencadangkan leader-member exchange diterjemahkan kepada pertukaran ketua - anggota jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2014 |
| Salam, saya ingin mendapatkan kepastian dari anda. Setahu saya clearing house bermaksud gedung penjelasan, bolehkan saya mentafsirkan clearing member sebagai ahli gedung penjelasan? Terima kasih | Rumah penjelasan digunakan dalam bidang ekonomi, jika "clearing member" merujuk orang yang terlibat dalam konteks yang tersebut, padanan ahli gedung penjelasan boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.12.2018 |
| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Member of the European Parliament"? Singkatan bagi konteks ini ialah "MEP". Konteks ini digunakan dalam politik (undi). Bolehkah pihak DBP cadangkan terjemahan serta singkatan yang boleh digunakan bagi konteks ini? Sumber maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Member_of_the_European_Parliament Terima kasih. | Salam, sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Penterjemahan Negara untuk mendapat terjemahan yang lebih tepat dan betul. Walau bagaimanapun, penterjemahan secara literal "Member of the European Parliment" ialah "Ahli Parlimen Eropah". | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
| Apakah istilah bahasa Malaysia untuk perkataan "hardliner"? Maksud dalam bahasa Inggeris: a member of a group, typically a political group, who adheres uncompromisingly to a set of ideas or policies. Contoh ayat: "neither hardliners nor reformers would be likely to want him as their leader" | Padanan bahasa Melayu bagi istilah hardliner ialah petegar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 28.11.2023 |