Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum Tuan, saya mendapat pertanyaan daripada seorang kawan berkenaan kata "tunaaksara". Tuna membawa maksud kerosakan atau kecacatan. Tunaaksara pula membawa maksud buta huruf. Soalannya, adakah perkataan "tunaaksara" juga boleh membawa maksud "huruf rosak?" Memandangkan "tuna" itu kerosakan manakala "aksara" pula bermaksud huruf. Sekian, terima kasih. | “Tunaaksara” merupakan perkataan yang berasal dari Jawa yang bermaksud tidak boleh membaca dan menulis atau buta huruf. Perkataan tersebut tidak membawa maksud huruf rosak. | Makna | 14.06.2022 |
1. Suhana ternampak seorang nenek membawa barang yang banyak. 2. Suhana ternampak seorang nenek yang membawa banyak barang. Ayatyang mana satu betul? Tolong jelaskan mengapakah pilih jawapan itu. Sekian. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Suhana ternampak seorang nenek membawa banyak barang". Frasa "banyak barang" adalah betul, iaitu bilangan + objek sama seperti "tiga kereta" dan "lima buah tembikai". Kata "banyak" ialah kata bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 06.06.2024 |
Saya pergi membawa anak saya balik ke rumah dariapa kelas tuisyen. Ayat ini betul ke? | Ayat yang lebih baik ialah Saya membawa balik anak saya dari kelas tuisyen. Dalam bahasa Melayu, kata "balik" telah membawa maksud pulang ke rumah. | Lain-lain | 15.06.2023 |
1)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk balutan lukanya ditukarkan. 2) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan lukanya. Ayat yang manakah betul? | Jawapan yang betul ialah “Saya membawa emak ke hospital ini untuk menukar balutan lukanya.” | Tatabahasa | 11.07.2024 |
adakah istilah jemaah menteri dikatakan kata nama am atau kata nama khas? | Perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf kecil jika membawa maksud umum. Jika membawa maksud rujukan khusus seperti Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri untuk membubarkan Parlimen, huruf pertama pada perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf besar, iaitu Jemaah Menteri. | Istilah | 21.11.2020 |
Saya ingin tahu tentang perbezaan penggunaan 'baru' dan 'baharu'. Adakah kedua-duanya membawa maksud 'new'? Bagaimana kalau saya ingin menyatakan 'Saya baru sampai' yang membawa maksud 'just'? | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Untuk menghasilkan penggunaan yang gramtis, baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". | Tatabahasa | 30.10.2017 |
Apa maksud "libat urus"? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan libat membawa maksud melibatkan, iaitu menyebabkan atau membawa (seseorang atau sesuatu) masuk atau turut serta dalam sesuatu perkara, usaha, kegiatan dan sebagainya. Perkataan urus pula membawa maksud mengurus, iaitu mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu supaya berjalan dengan baik. Oleh itu, perkataan ini perlulah digunakan untuk konteks ayat yang bersesuaian dengan maksud yang diberikan. | Makna | 09.09.2021 |
Mereka membawa tikar dan beberapa botol air minuman. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi tikar ialah helai, gelung atau keping? | Penjodoh bilangan untuk tikar ialah "sehelai". | Tatabahasa | 16.10.2023 |
Pergi membawa anak kita balik ke rumah. Arahan ini betul ke? | Ayat ini tidak lengkap. Sebagai contoh, ayat berikut boleh digunakan: "Pergi dan bawa anak kita pulang ke rumah" atau "Bawa anak kita pulang ke rumah". | Tatabahasa | 12.05.2023 |
Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Salam Tuan/Puan,saya nak bertanyakan soalan.Apakah kesalahan tatabahasa di atasPerkataan membaiki rasanya salah atau betul Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana mengayakan sumber alam semula jadi di negara ini. Apakah kesalahan imbuhan di atasKenapa perkataan mengayakan salah sepatutnyakekayaan | Bagi ayat pertama, perkataan membaiki ditukar kepada memulihkan. Bagi ayat kedua, perkataan mengayakan ditukar kepada kaya dan ayatnya dibetulkan kepada: Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana negara ini kaya dengan sumber alam semula jadi. | Lain-lain | 14.01.2021 |