Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1)Ibu memandu kereta (pergi ke) pejabat. 2)Ibu memandu kereta( ke) pejabat. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? -------------------------------------------- a)Ibu memandu kereta Proton. b)Ibu memandu Proton Saga. c)Ibu memandu kereta Proton Saga. d) Ibu memandu kereta buatan Malaysia. Adakah kesemua ayat ini betul? Terima kasih. | Kesemua ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Saya ingin bertanya, penggunaan pelanjutan atau perlanjutan yang betul bagi maksud untuk melanjutkan kebenaran memandu. cth: Permohonan kelulusan perlanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. @ Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. Terima kasih | Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan - pelanjutan bermaksud perihal melanjutkan (kebenaran memandu kenderaan jabatan). | Tatabahasa | 21.03.2011 |
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Betul atau salah penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat di bawah. (Jawapan bagi soalan pemahaman) Punca kemalangan jalan raya ialah memandu dalam keadaan mabuk, memandu kenderaan dengan laju, dan....... | Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Punca kemalangan jalan raya memandu dalam keadaan mabuk. | Tatabahasa | 31.10.2012 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? 1. Ini baju batik. 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. 4. Datuk saya sedang menternak itik.(menternak ialah satu perbuatan yang berlaku secara berterusan, adakah perkataan 'sedang' sesuai digunakan?) Untuk menggabungkan dua ayat tunggal yang berikut, ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau kaum India? atau ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? Perkataan kaum perlu ada dalam ayat majmuk? Sekian, terima kasih | 1. Ini baju batik. (Betul) 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. (Betul) 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. (Ayah saya memandu kereta ke tempat kerja.) -Betul 4. Datuk saya sedang menternak itik. (Boleh digunakan) 5.Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? - Ayat ini betul. Perkataan kaum digugurkan. | Tatabahasa | 17.10.2012 |
Memandu Toyota yang bergaya pulang | Memandu kereta Toyota | Lain-lain | 23.05.2007 |
Apakah terjemahan yang betul bagi driving instructor? Adakah ia 'Guru Memandu'? Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk driving instructor. Walau bagaimanapun, istilah untuk instructor ialah jurulatih atau pengajar. Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah jurulatih memandu atau pengajar memandu. | Istilah | 20.07.2011 |
munsyi, ujian memandu atau ujian pemanduan? TK | Ujian memandu. | Lain-lain | 23.05.2013 |
Yang mana satu betul penggunaan? Lesen pemandu atau lesen memandu | Yang betul ialah lesen memandu. | Istilah | 07.05.2009 |
Salam. Ayat di bawah betul atau salah. 1. Ayah memandu kerta Exora ke pejabatnya. | Ayat "Ayah memandu kereta Exora ke pejabatnya." adalah betul. Walau bagaimanapun, ejaan "kerta" dalam ayat yang diberikan adalah salah. | Tatabahasa | 06.06.2013 |