Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
KIta tidak boleh memandang (senang) perkara penting itu. Nak tanya perkataan senang yang digunakan di ayat atas adalah betul atau tidak? Kalau tidak betul, nak macam mana menggunakan perkataan senang ini di atas ayat tersebut? Terima kasih. | Walaupun perkataan "senang" bersinonim dengan "mudah" tetapi dalam kalangan masyarakat kita tidak mengungkapkan frasa "memandang senang" melainkan "memandang mudah" atau "memandang ringan". | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |
Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. | Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". | Tatabahasa | 16.12.2009 |
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu : 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini. Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 15.01.2010 |
Dalam media pengiklanan, kebiasaanya pengusaha - pengusaha memandang enteng akan kepentingan Bahasa Melayu dalam iklan komersial mereka. Mereka lebih mengutamakan nilai komersial dan keuntungan daripada menitikberatkan soal Bahasa Melayu itu sendiri. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk ini pada hari khamis ini. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk membantu saya. Antara soalan yang ingin tuan kupaskan; 1) Tahap pencemaran Bahasa Melayu dalam iklan, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. 2) Bahasa rojak dalam iklan. Adakah dibenarkan? 3) Pendapat pihak tuan sendiri mengenai isu ini. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Untuk menjawab pertanyaan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan rujukan yang pelbagai. Kami cadangkan saudara rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan perpustakaan lain di IPTA dan dapatkan kertas kerja seminar yang berkaitan. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 10.10.2010 |
Ayat : Sikap sesetengah orang Melayu yang memandang rendah terhadap keupayaan bahasa Melayu amat dikesali soalan: sesuaikah perkataan "terhadap" dalam ayat tersebut digunakan. Bukankah sepatutnya perkataan "tentang" digunakan? ini kerana perkataan "keupayaan" ialah kata abstrak/ | Kedua-dua boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
Salam, saya ingin bertanya: Hilang dari pandangan. ATAU Hilang daripada pandangan Kata sendi nama DARI digunakan untuk tempat, masa, dan arah | Jika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada tempat memandang maka kata sendi yang betul ialah dari - hilang dari pandangan, manakala jika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada hasil memandang maka penggunaan kata sendi yang betul ialah daripada - hilang daripada pandangan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat menghayati pengalaman yang diibaratkan bahtera yang saujana mata memandang munsyi, adakah ayat ini gramatis digunakan dalam karangan . TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat tajuk pembentukan kata dan pembentukan ayat serta rujuk juga kamus Dewan untuk melihat aspek semantik perkataan yang digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
Silau I Silau II | Silau I - Kabur mata (kerana kena cahaya yg. sangat terang) Silau II - Menyilau - memandang (sesuatu yg. jauh), meninjau | Makna | 18.03.2007 |
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara. | Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih. | Lain-lain | 08.08.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata memandang; |
|
Puisi |
---|
|
Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur.
Lihat selanjutnya... |
|