Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
(1)Tolong jelaskan apa bezanya di antara imbuhan "me...kan" dengan imbuhan "me....."? (2) Bolehkah menggunakan perkataan "melaksana" berbanding dengan "melaksanakan"? (3) Bolehkah menggunakan perkataan "memaklum kepada" berbanding "memaklumkan"? mana satu betul? (4) Perkataan "memaklumkan" sudah memadai atau "memaklumkan kepada"? (5) perkataan "berdasarkan" sudah memadai atau "berdasarkan kepada"? (6) Apa beza penggunaan di antara perkataan "ialah" dengan "merupakan"? | 1. Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh: Abang memberi adik sebatang pensel; Pengetua memberikan nasihat kepada semua pelajar. 2. Penggunaan yang betul ialah melaksanakan (tidak ada melaksana). 3. Penggunaan yang betul ialah memaklumkan (tidak ada memaklum). Kata memaklumkan mesti diikuti dengan objek seperti "Ia datang hendak memaklumkan hal ehwalnya" dan tidak boleh diikuti dengan kata sendi kepada. Begitu juga dengan kata bersandarkan juga tidak perlu diikuti dengan kata sendi kepada. 6. Penggunaan kata pemeri yang betul "ialah", manakala kata merupakan digunakan bagi maksud melambangkan atau menggambarkan. | Tatabahasa | 11.10.2011 |
Saya mohon tanya, betul atau tidak penggunaan perkataan `sangat tersohor' atau hanya memadai menggunakan kata tersohor (sebab kata penguat `ter' merupakan darjah paling tinggi) | Frasa 'sangat tersohor' adalah betul kerana tersohor ialah kata adjektif (sohor - kata kerja, tersohor - kata adjektif) yang didahului oleh kata penguat sebelumnya sama seperti frasa sangat cantik. | Tatabahasa | 19.05.2011 |
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?) | "tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Yang manakah betul? 1. rakan-rakan sekalian 2. rakan sekalian | Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
Mengapah " Justeru" tidak boleh bersama-sama dengan itu? | Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru (selepas itu bubuh tanda koma), bukan justeru itu. | Tatabahasa | 30.06.2008 |
Adakah 'sangat terpesona' betul dari segi tatabahasa? | Terpesona bermaksud sangat tergoda, oleh itu kata terpesona sudah memadai. | Tatabahasa | 10.10.2011 |
sejak kebalakangan ini dan sejak belakangan ini-kedua-duanya betul ke? atau hanya kebelakangan ini/belakangan ini sudah memadai? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Lain-lain | 24.05.2010 |
Rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua? Sila jelaskan. | Yang betul ialah rumah orang-orang tua atau memadai dengan rumah orang tua. | Tatabahasa | 03.01.2012 |
Adakah "murid-murid sekalian" betul? "Sekalian" membawa maksud semua, adakah kata ganda hendak dikecualikan? | Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan murid sekalian. | Tatabahasa | 07.09.2013 |