Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. betulkah ayat berikut ? ( Daripada kamu melepak di pusat membeli-belah lebih baik kamu membaca buku .) Frasa di pusat membeli- belah dalam konteks ayat tersebut . 2. Beza pusat beli-belah dengan pusat membeli-belah | Saudara, Yang betul ialah pusat beli-belah. Perkataan beli-belah sebagai padanan kepada perkataan "shopping" dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Baju yang berwarna kuning itu sangat ( padanan , berpadanan , memadan , sepadan ) dengan kulit Maizurah yang putih melepak itu. | Jawapan yang tepat ialah sepadan. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
Tuan betulkah ayat ini? Dialog antara abang dan adik tentang mereka yang turut bersalah tentang pemuda-pemuda yang melepak di tepi tembok berkaitan dengan didikan masyarakat kerana mereka anggota masyarakat juga. Bolehkah penggunaan kata 'tentang' digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat yang panjang..minta nasihat tuan untuk betulkan ayat ini.. | Ayat tersebut tidak gramatis kerana terlalu banyak ayat digabungkan menjadi satu ayat sahaja. Penggunaan sebarang perkataan dibenarkan dalam satu ayat asalkan sesuai dengan konteks ayat tersebut. Walau bagaimanapun pengulangan tersebut idak digalakkan.
| Tatabahasa | 11.07.2012 |
Tatabahasa: Yang manakah tepat untuk frasa di bawah:- terpesona 'dengan' atau terpesona 'oleh'/'akan'? Contoh ayat: Saya terpesona dengan kulitnya yang putih melepak. | Yang tepat ialah terpesona oleh/terpesona akan. | Tatabahasa | 24.10.2009 |