Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apa maksud perkataan matan dalam ayat di bawah? "Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya." | Makna bagi kata "matan" yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1428) ialah: matan1 kata nama 1 naskhah asli, teks pidato, syarahan dan lain-lain: Manuskrip ini merupakan gabungan matan dan syarah tulisan tangan asli Syeikh Ahmad al-Fathani. Matan ilmu asing ini ditulis semula dalam bahasa ibunda. 2 nas yang terdapat pada akhir sanad; 3 erti atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya: Kira-kira begitulah matan ucapannya. Hadis yang keliru dari segi sanad atau matan mewujudkan perselisihan dalam kalangan ulama dan menyebabkan terhasilnya perbezaan fatwa. matan2 Kelantan kata adverba kira-kira atau lebih kurang. matan3 Minangkabau kata nama bahagian tengah kayu yang paling keras. Jadi, "matan" dalam ayat "... melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya" bermaksud mempunyai naskhah asli, mempunyai erti, nas atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya.
| Makna | 14.05.2024 |
MAKSUD MATAN | Matan: 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. | Makna | 08.09.2009 |
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima. | Makna | 13.11.2015 |
Sama ada perkataan "false or erroneous or defective" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan betul? 18. A person commits an offence if he gives to an agent, or being an agent he uses with intent to deceive his principal, any receipt, account or other document in respect of which the principalis interested, and which he has reason to believe contains any statement which is false or erroneous or defective in any material particular, and is intended to mislead the principal. 18. Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya. | Padanan terjemahan yang diberikan betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2021 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata matan |
|
Peribahasa |
---|
| 233 When Greek meets Greek, then comes the tug of war Apabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan. Bertemu teras dengan beliung They world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of war Pertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - bertemu teras dengan beliung bersua baji dengan matan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|