Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah betul? masakan Barat atau masakan barat? | Ejaan yang betul ialah masakan barat. | Tatabahasa | 28.11.2013 |
Manakah yang lebih gramatis? -Mereka banyak menggunakan halia dalam masakan. -Mereka menggunakan banyak halia dalam masakan. Terima kasih. | Mereka menggunakan banyak halia dalam masakan kerana yang banyak ialah halia bukan menggunakan. | Tatabahasa | 10.09.2012 |
apakah maksud peribahasa 'kalau tidak ada angin,masakan pokok akan bergoyang, | Makna bagi peribahas "Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang" ialah kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
adakah sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat sangat, amat dan sungguh. contoh masakan emak amat enak sekali. masakan emak sangat enak sekali adakah katapenguat bebas boleh digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif contoh Budak itu amat sombong budak itu sombong amat adakah ia boleh digunakan untuk manusia sahaja. bolehkah ia digunakan untuk benda dan binatang harap tuan/puan menjawap secepat mungkin. hubungi 0123857124 | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut. Kata penguat boleh digunakan pada manusia, haiwan, benda dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Apakah istilah tepat dalam Bahasa Melayu bagi 'Signature Dish' dalam bidang masakan? | Istilah bahasa Melayu bagi "signature dish" tiada dalam rujukan kami, walau bagaimanapun padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah hidangan atau masakan istimewa atau utama. | Istilah | 28.05.2009 |
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasih | Jawapan yang betul ialah: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat. Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan | Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.12.2009 |
ayam kari atau kari ayam? alasannya. TQ | Saudara/Saudari, Mengikut Hukum D-M, iaitu diterangkan dan menerangkan. Diterangkan, merupakan unsur inti - dalam hal ini jenis masakan, iaitu kari; manakala menerangkan, merupakan unsur penerang kepada jenis masakan, iaitu ayam. Frasa yang betul ialah ... makan kari ayam. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Manakah yang berikut ialah betul? a.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya b.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya Adakah ini jenis kesalahan ejaan? | Berdasarkan sumber kami, peribahasa yang terakam ialah "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu". Tidak ada kesalahan ejaan dalam kedua-dua bentuk peribahasa yang saudara nyatakan, masakan dan manakan kedua-dua kata tersebut betul. | Lain-lain | 11.11.2010 |
"Ibu menjahitkan kakak baju kurung."(betul) tapi mengapa "Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat." (salah) bukankah menjahitkan kakak bermaksud menjahitkan untuk kakak manakala menghidangkan rakan-rakan bermaksud menghidangkan untuk rakan-rakan.Mohon penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih | Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. | Tatabahasa | 14.01.2011 |