Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah koma ',' boleh diletakkan selepas perkataan 'manakala'? Contohnya: Manakala, di Sarawak pula mempunyai bilangan penduduk yang ramai. | Tanda koma tidak perlu diletakkan selepas frasa manakala. Frasa yang betul ialah Manakala di Sarawak pula mempunyai bilangan penduduk yang ramai. | Lain-lain | 09.12.2010 |
saya memesan kopi manakala adik memesan teh. adakah penggunaan 'manakala' di atas betul ? | Dalam sumber rujukan kami, tanda koma sebelum perkataan manakala boleh ada dan boleh juga tiada. Lazimnya bagi perkataan manakala yang bermaksud tetapi didahului tanda koma. | Ejaan | 27.09.2012 |
Salam sejahtera. Adakah 'manakala' merupakan kata hubung gabungan? Bolehkah 'manakala' dimulakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih. | Manakala" ialah kata hubung dan boleh digunakan pada permulaan ayat dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya. | Tatabahasa | 11.07.2010 |
1. Bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung tetapi dan manakala. 2. Antara ayat yang berikut, yang manakah betul penggunaan kata hubung tetapi dan manakala? a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. 3. Ada pendapat yang menyatakan kata hubung tetapi digunakan untuk pelaku yang sama sahaja. Contohnya: a. Budak itu pandai tetapi pemalas. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik Adakah pendapat ini betul? | 1. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan atau bertentangan, seperti ayat: Budak itu pandai tetapi malas. Perkataan manakala pula membawa banyak maksud, iaitu 1. apabila, bilamana; 2. tetapi; dan 3. sedangkan. Perkataan manakala boleh dibezakan apabila membawa maksud pertama dan ketiga. 2. a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. - kedua-dua ayat ini betul 3. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan dalam ayat majmuk gabungan. Tidak ada maklumat dalam buku Tatabahasa Dewan mensyaratkan hal yang berlawanan itu digunakan untuk pelaku yang sama. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik - dari aspek tatabahasanya ayat ini adalah betul, tetapi kurang tepat dari aspek makna. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
penggunaan manakala di depan ayat salah ke??ayat apa sepatutnya guna... | Penggunaan "manakala" yang paling tepat pada pertengahan ayat yang menyambung klausa pancangan dengan klausa utama. Walau bagaimanpun "manakala" boleh hadir pada permulaan ayat asalkan ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya tentang apakah perbezaan antara "sementara" dengan "manakala"? Boleh berikan contoh ayat. | Sementara dan manakala, kedua-duanya ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu, contoh ayat: Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak; dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, contoh ayat: Dia tersenyum, manakala melihat adiknya tidur. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Salam Aidil Fitri, Saya beberapa soalan lagi. 1) Perkataan manakala - tergolong dalam kategori atau jenis kata apa? - Adalah ia sejenis penanda wacana, menurut seorang kawan. 2. Tolong berikan contoh penggunaan yang tepat. | Manakala ialah kata hubung, contoh penggunaan ayat; Dia duduk di samping mayat ayahnya, manakala adiknya tidak putus-putus menangis. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
Adakah ayat ini betul? "Buku cerita ini mahal manakala buku cerita itu murah." | Manakala juga bermaksud tetapi, maka ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
RINA MENYIRAM POKOK BUNGA ___ KAKAKNYA MENYAPU SAMPAH DI HALAMAN RUMAH. MANAKALA ATAU SEMENTERA | DUA-DUA BOLEH DIGUNAKAN MANAKALA ATAU SEMENTARA. | Tatabahasa | 24.02.2011 |
1.kenapakah penggunaan justeru, manakala,malahan,malah serta namun di awal ayat dianggap salah? 2.Hal ini kerana atau hal ini demikian kerana?mengapa? 3.Penggunaan kata 'walaupun' diikuti 'tetapi' di dalam ayat dibolehkan?TQVM | 1. Kata hubung justeru, manakala, malahan, malah berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih. Oleh itu, kata hubung ini perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat. 2. Frasa yang betul ialah "hal ini demikian kerana". "Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Ini bermakna klausa yang hadir sebelum "kerana" ialah klausa utama yang lengkap subjek dan predikatnya seperti "hal ini demikian" sedangkan frasa "hal ini" bukan klausa. 3. 'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan. Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas. | Tatabahasa | 26.05.2011 |