Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dia mencencang daging itu hingga lumat / Dia mencincang daging itu hingga lumat? | Dia mencencang daging itu hingga lumat. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cencang dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cincang untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
Bagi sesautu yang ditumbuk seperti lada, apakah kata adjektif yang tepat 'hancur' atau 'lumat'? | Jawapan yang betul ialah lumat. Contoh ayat, lada ditumbuk hingga lumat. | Lain-lain | 04.05.2010 |
Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur. | Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih. | Ayat yang betul seperti berikut: 1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
I Tangannya pedas kerana terpegang cili yang telah ditumbuk lumat. II Pedas sungguh gigitan kerengga itu sehingga Muthu berasa kesakitan. (munsyi, tolonglah tunjukajar untuk menggantikan pedas dengan kosa kata yang sesuai. TK) | I. Pijar. II. Pedih. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Apakah kata adjektif yang sesuai bagi sesuatu yang ditumbuk? 'Lumat' atau 'hancur'? | Bergantung kepada kuantiti. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab? | Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan maklumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat. Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains. Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb); | Makna | 22.09.2013 |